in

Ambil Sampel Air Kumbahan Dari Pesawat, KKM Dedah 4 Strategi Hadapi Gelombang Covid-19 Dari China

Covid 19 Meningkat China Masuk Malaysia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak dari semalam lagi, kita dikejutkan dengan perkembangan Covid-19 terbaharu dari negara China yang sedang meningkat naik secara mendadak dengan sejuta kes dilaporkan di bandar perindustrian di Zhejiang setiap hari.

Apa yang membuatkan orang ramai risau apabila China dilaporkan akan membuka semula sempadan dan membenarkan penduduk mereka ke luar negara termasuklah Malaysia pada 8 Januari depan.


Fw1009180Ptj0827012020Lawatanbn202001263974 Scr

4 langkah kesiapsiagaan hadapi peningkatan kes – KKM

Sedar dengan kebimbangan orang awam, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam satu kenyataan di Facebook pagi ini telah mendedahkan 4 strategi utama dalam meningkatkan kesiapsiagaan hadapi sebarang kemungkinan peningkatan kes dan kematian Covid-19. Antaranya ialah:

  1. Memperkukuhkan survelan Covid-19 dalam komuniti, persekitaran dan makmal. 
  2. Melindungi komuniti melalui pemberian vaksin termasuk kumpulan rentan dan berisiko tinggi 
  3. Mempertingkatkan kesiapsiagaan dan respon sistem perkhidmatan kesihatan awam 
  4. Memperkasakan komuniti melalui penglibatan dan advokasi berterusan.

https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/posts/pfbid07gzKYkVdpb9e7iYGB4EKW8NPpDDYCNDKGSzTfvTBSasPyEA9q7mpWCdLezndRnH4l

Ambil sampel air kumbahan dari pesawat China

Namun antara langkah dalam salah strategi yang menarik perhatian ramai ialah pengambilan sampel air kumbahan dari pesawat yang datang dari China. 

Menurut KKM, survelan di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) diperkukuhkan dengan mengambil sampel air kumbahan ini yang mana akan dihantar ke Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) untuk ujian PCR dan seterusnya dihantar untuk penjujukan genom sekiranya positif.

F620E7B8999B1358A678E6959Ab737545E54Fc8A4Acd7

Selain itu, semua pengembara yang tiba dari luar negara termasuk China di PMA akan lalui saringan demam. Mereka yang dikesan demam atau bergejala atau self declaration akan dirujuk ke pusat kuarantin. Sekiranya disyaki Covid-19, ujian Covid-19 akan dijalankan.

Dalam pada itu, semua kes influenza-like illness (ILI) dan severe acute respiratory infection (SARI) yang datang dapatkan perkhidmatan di fasiliti kesihatan dan ada sejarah perjalanan ke China dalam tempoh 14 hari atau ada sejarah kontak dengan individu mempunyai sejarah perjalanan ke China akan dibuat ujian RTK-Ag Covid-19 dan akan dihantar untuk penjujukan genom jika positif.

837570

Dalam pada itu, KKM menasihatkan agar masyarakat mengamalkan gaya hidup sihat dan selamat bagi menghindarkan diri dari bahaya jangkitan Covid-19.

Apa-apapun jangan panik dan sentiasa amalkan penjagaan kebersihan, pemakaian pelitup muka dan elakkan tempat yang sesak. 

Baca: “Kes tiba-tiba meningkat” – Ini 5 Negara Yang Dijangka Ubah Polisi Travel Kerana Covid-19

Covid 19

Sumber: Bernama
Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.