in

“Ambil masa 2 jam cabut” – Bekas Jururias Insaf, Kongsi Pengalaman ‘Seram’ Cabut Bulu Mata Jenazah

urus jenazah bulu mata

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Trend penyambungan bulu mata palsu (eyelash extension) dilihat menjadi pilihan ramai wanita tanpa mengira golongan semata-mata untuk tampil menawan.

Namun, ramai tidak sedar penggunaan bulu mata ini adalah haram di sisi agama Islam. Ada juga yang tahu tentang hukum namun tidak mengendahkannya semata-mata mengejar impian.


Seperti perkongsian seorang jurujual ini, peristiwa hitam yang dilalui telah menginsafkannya dan nekad untuk berhenti daripada bidang kecantikan.

Artikel berkaitan: “Non stop air mata keluar” – Wanita Tahan Sakit Gara-gara Gam ‘Eyelash Extension’ Terlalu Kuat

Artikel berkaitan: Wanita Nyaris Buta Gara-Gara Beauty Trend ‘Eyelash Extension’

Menurut wanita yang mahu dikenali sebagai Nayraafikaa, 33, dia dahulu merupakan seorang jururias separuh masa dan sempat melakukan perkhidmatan eyelash extension dalam masa sebulan.

Pada peringkat awal, bidang yang diceburi itu dihalang ibunya namun berjaya meyakinkan dengan mengatakan eyelash extension adalah tidak haram serta sah wuduk.

pexels gustavo fring 7446922

“Sebenarnya saya tipu mereka kerana terlalu taasub untuk mencapai impian sebagai jurukecantikan, jadi saya halalkan yang haram.”

Namun, perkhidmatan yang dilakukan tidak lama selepas ibu saudaranya meninggal dunia dan keluarga meminta bantuannya untuk mencabut bulu mata dipakai arwah.

Ambil masa 2 jam cabut 200 helai bulu mata

Bercerita lanjut, dia mula berasa tidak sedap hati ditambah pula perlu melakukan tugas mencabut eyelash extension bersendirian tanpa ditemani pengurus jenazah.

Katanya, dia mula menggigil dan menangis sebaik tangannya menyentuh dahi jenazah ibu saudara yang kesejukan.

“Saya cuba menahan air mata tapi sangat susah. Saya terpaksa berhenti seketika untuk tenangkan diri sebelum mula balik. Saya perlu fokus untuk cabut setiap bulu mata menggunakan cecair khas yang berfungsi mencairkan gam.

“Saya perlu lebih berhati-hati kerana bimbang cecair itu masuk ke dalam mata jenazah selain bimbang tercabut bulu mata yang asal.

“Saya ambil masa lebih dua jam untuk cabut kira-kira 200 helai bulu mata. Selepas selesai barulah jenazah diserahkan kepada pengurus jenazah untuk dimandi dan dikafankan,” katanya.

Kejadian itu bukan sahaja membuatkannya trauma, malah insaf sehingga nekad untuk tidak lagi memakai eyelash extension serta berhenti menjalankan perkhidmatan itu.

Sumber: Harian Metro

Sumber: pexels

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.