in

“Ambil di pusat perlindungan saja” – Selangor Cadang Larang Kedai Haiwan Jual Kucing & Anjing

larang jual kucing anjing

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mahu menggalakkan proses peliharaan haiwan dilakukan melalui pengambilan di pusat perlindungan haiwan, Selangor bercadang untuk melarang penjualan kucing dan anjing di kedai-kedai haiwan peliharaan.

Cadangan tersebut diumumkan oleh EXCO Kerajaan Tempatan, Ng Sze Han menerusi Forum Pengurusan Anjing Terbiar Selangor 2023 pada 12 Jun, lapor The Star.


Menurutnya, kedai haiwan peliharaan hanya perlu menumpukan pada penjualan barangan, makanan serta keperluan haiwan peliharaan sahaja.

“Di konstituensi Kinrara, kami melakukan program pengambilan haiwan peliharaan setiap minggu di luar pusat beli-belah IOI Mall Puchong dan sebanyak 20 ekor diambil setiap bulan,” katanya.

Difahamkan, cadangan tersebut masih di peringkat penelitian dan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Jelasnya, jika semua majlis tempatan melakukan program sedemikian, kadar pengabaian haiwan peliharaan boleh dikurangkan.

Dalam pada itu, kerajaan Selangor kini dalam fasa terakhir untuk mewujudkan sebuah pusat penempatan haiwan jalanan yang diinspirasi daripada konsep dari luar negara.

Digelar Fur Shelter, pusat tersebut akan menyediakan beberapa kemudahan seperti pusat penjagaan haiwan terbiar, kedai haiwan peliharaan, pusat informasi, perkhidmatan veterinar serta Dog and Cat Park.

Ramai sambut baik haramkan penjualan haiwan peliharaan

Menjengah ke ruangan komen BFM News, inisiatif tersebut telah menerima sokongan daripada orang ramai terutama bagi golongan pencinta haiwan.

Ada yang mencadangkan individu yang ingin memiliki haiwan peliharaan supaya mendapatkannya dari pembiak haiwan atau mengambil haiwan jalanan.

Screenshot 2023 06 13 161051

Screenshot 2023 06 13 161028

Screenshot 2023 06 13 161011

Malah, netizen juga mencadangkan supaya haiwan peliharaan mamalia kecil seperti hamster, landak kecil dan tikus belanda turut dilarang.

Baca: “Tak buat hal tak sah!” – ‘Oyen’ Naik Lori Sayur, Nak Ikut Pergi Singapura
oyen lori sayur

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.