Seorang anak muda dari Indonesia sering diperlekeh oleh kawan-kawannya sebab gunakan handphone yang tidak canggih. Lelaki ini dikatakan mempunyai telefon pintar yang berspesifikasi rendah. Senang cerita telefon yang GB dia kecik lah…
Menurut Kompas, disebabkan selalu diejek ‘telefon kentang’, anak muda ini nekad untuk menghasilkan sebuah telefon bimbit dengan menggunakan sebiji kentang yang betul!
Menerusi Facebook Khoirul Aman, dia telah berkongsikan beberapa gambar telefon bimbit jenis Nokia 3310 yang dibuat daripada kentang.
Tanpa disedari perkongsiannya ini telah viral di media sosial hingga di perkatakan oleh orang ramai.
https://www.facebook.com/anam.distro/posts/2651592005087718
Difahamkan, telefon yang dibuatnya itu tidak sepenuhnya dari sebiji kentang. Beberapa komponen penting seperti LCD, bateri, keyboad dan lain lain telah diambil dari telefon Nokia 3310 yang pernah digunakan sebelum ini.
Tambahnya lagi, proses pembikinan telefon bimbit kentang ini hanya mengambil masa 10 minit sahaja.
Untuk pengetahuan korang, tujuan dia hasilkan telefon ini hanyalah untuk menghiburkan rakan-rakan yang mengejeknya. Namun telefon ini tidak dapat berfungsi seperti peranti yang lain.
Membuat telefon kentang untuk bergurau sahaja, sebenarnya saya boleh buat untuk ‘cover’ telefon tetapi nanti kentang akan berwarna hitam” – Khoirul Aman
Yang kelakarnya, dia turut menyatakan kentang yang digunakan itu telah dimasak oleh ibunya. Jadi dia tak dapat simpan lama…
Disebabkan hasil kreatifnya ini tular di media sosial, dia merancang untuk membuat sebuah Iphone dengan menggunakan sebiji epal. Min tak sabar nak tengok rupanya macam mana.
Perkongsian oleh anak muda ini telah mendapat 2.3K Shares, rata-rata netizen kagum dengan hasil kreatifnya.
Kreatif banget to…
IQ nya tinggi…
Kreatip luar binasa
Baca: “Boleh tiru” – Thailand Ubah Bahagian Bawah Jambatan & Flyover Jadi Tempat Riadah