Meskipun masih berada dalam Unit Rawatan Rapi (ICU) susulan kes sembah asid, pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim menunjukkan perkembangan positif.
Pekara itu disahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Selangor FC, Datuk Seri Shahril Mokhtar, difahamkan proses pembedahan kedua yang dilalui Faisal semalam berjalan lancar dan keadaannya semakin baik.
Artikel berkaitan: “Di atas padang pesaing, di luar kita berkawan” – Persatuan Bola Sepak Thailand Simpati Dengan Faisal Halim
Artikel berkaitan: Dakwa Ada Maklumat Kes Simbah Asid Faisal Halim, Polis Cari ‘Muhammad Imran Suresh’
View this post on Instagram
“Alhamdulillah pembedahan kedua berlangsung malam tadi selama tiga jam. Hasilnya saya dimaklumkan oleh pakar (perkembangan) amat positif, terima kasih atas doa seluruh komuniti dan rakyat Malaysia.
Pagi tadi saya difahamkan Faisal sudah boleh makan dan mula ada kemahuan untuk buat latihan normal bola sepak. Bagi saya perkara ini sangat membanggakan sebab dia ada kemahuan tinggi,” katanya.
Dalam temu bual dengan Kosmo! itu, Datuk Seri Shahril juga berkata bagaimanapun ini merupakan pembedahan kedua buat pemain kebangsaan yang juga pemain kelab Selangor FC itu, selepas ini dia difahamkan akan menjalani pembedahan ketiga serta keempat.
Sumber: Kosmo!