Beberapa hari lalu, negara dikejutkan dengan kejadian pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail berhampiran dengan Hotel Concorde di Kuala Lumpur. Insiden tersebut telah meragut satu nyawa manakala seorang lagi mangsa pula terselamat.
Mangsa yang terselamat iaitu Abdul Hayyi Al Hakimi Nazli yang merupakan pemandu kereta Bezza merah baru-baru ini ada berkongsikan rakaman dashcam keretanya detik-detik sebelum kejadian pokok tumbang itu.
Hayyi berkongsi video rakaman dashcam itu menerusi TikTok.
Artikel berkaitan: Pokok Besar Tumbang Hempap Kenderaan & Landasan Monorel, Seorang Dilapor Meninggal Dunia
Artikel berkaitan: Sebab Nak Buat Tuntutan Dengan MBSA, Mangsa Halang Bomba Alih Pokok Hempap Keretanya
Dalam video yang berdurasi selama seminit 18 saat itu, dapat dilihat aliran trafik sebelum insiden itu di jalan tersebut bergerak perlahan dan cuaca juga tidak begitu baik kerana hujan.
Tidak lama kemudian, apabila keretanya melalui kawasan pokok itu, pokok besar itu secara tiba-tiba tumbang dan menimpa keretanya.
Rata-rata netizen sebak melihat video rakaman kejadian itu kerana dapat didengari dalam video terbabit bahawa pemilik kereta itu mengucapkan kalimah syahidah apabila pokok tersebut menimpa keretanya sehingga kenderaan itu remuk.
Dalam satu perkongsian di Facebook, Hayyi ada berkongsikan tentang keadaan terkininya selepas tercedera dalam kejadian itu.
Ramai yang bertanya macam mana kereta teruk tapi tuan badan biasa sahaja. Macam tak logik. Anggota polis pun siap tanya apa amalan Cik?
Satu kejadian dengan dua nasib keadaan berbeza (ada yang meninggal dunia ada yang hidup). Alhamdullilah dipilih Allah untuk diselamatkan. Syukur sangat2. Dan salam takziah pada ahli keluarga yang meninggal dunia,” kongsinya di Facebook
Bagi menjawab pertanyaan ramai netizen, dia mengatakan sebenarnya tiada amalan khas yang diamalkan olehnya. Cuma dia sering membaca selawat sekurang-kurangnya seribu kali setiap hari dan dia telah mengamalkannya hampir tiga tahun.
Subhanallah
Sumber: TikTok @hayyi_kimi