in

“Allahu, pergi dalam bulan mulia” – Pengasas Kosmetik Terkenal Maut Dalam Nahas di Thailand

Untitled Collage 2 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hari ini, kita dikejutkan dengan khabar pemergian seorang pengasas produk kecantikan yang selalu muncul di kaca televisyen sebelum ni, dan kita dengar suara atau iklannya di corong-corong radio.

Faziani Rohban Ahmad dilapor maut dalam nahas di Pattani, Thailand kira-kira 10.30 pagi tadi.


Dalam nada sebak, anak lelaki Allahyarham, Iqbar Hakim Ahmad Shah Rizal mengesahkan khabar pemergian sedih itu menerusi akaun Instagramnya hari ini.

https://www.instagram.com/p/BxlrJntlx2T/

 

Selain Faziani, kemalangan yang melibatkan kereta Toyota Estima dan sebuah lori itu turut menyebabkan suami pengasas produk kecantikan itu, Ahmad Shah Rizal Ibrahim mengalami kecederaan parah.

Mstar melaporkan rakan Allahyarham, Natasha Maria Akhmad berkata — Faziani sedang dalam perjalanan menuju ke rumah anak-anak tahfiz bagi menghulurkan sumbangan di sana sebelum nahas berlaku.

Dnars 3

Dnars 2

Difahamkan, sebaik kejadian mayat mangsa dibawa ke Hospital Pattani untuk bedah siasat.

Iqbar dalam pada itu turut dilihat tidak dapat menahan kesedihannya, apabila menyifatkan pemergian ibunda tercinta sebagai ujian yang paling berat buatnya selain meminta maaf bagi pihak arwah andainya pernah melakukan sebarang kesilapan sebelum ini.

https://www.instagram.com/p/BxlxfVBlh86/

Dnars 7

Iqbar6

Dnars 6

Selain ahli keluarga, beberapa rakan artis turut menyampaikan ucapan takziah masing-masing di atas pemergian Allahyarham.

Kami juga ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan takziah, semoga roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan semoga segala amat ibadatnya diterima Allah SWT.

 

Baca: “Sumpah dia matured” – Ramai Netizen Puji Cik B Matang Dalam Beri Nasihat, Lebih Bijak Daripada Dato Seri Vida

Aa

 

 

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.