Saat ramai artis menjadi orang yang disenaraikan dalam Blockout 2024 ini, pelakon Rita Rudaini tampil menasihati kepada rakan artis agar tidak takut kehilangan sebarang tawaran kerja jika mereka diboikot.
Kata pelakon drama Racun Rihanna itu, mereka harus percaya kepada rezeki yang ditentukan oleh Allah. Rita menerusi IG Story miliknya berkata, dia pernah lalui pengalaman sama apabila dia diboikot disebabkan enggan ambil suntikan Covid-19 pada 3 tahun.
Artikel berkaitan : “Depan reporter akan buat muka terpaling islamik” – Rita Rudaini Sindir Ibu Aliff Aziz?
Artikel berkaitan : “Banyak brand aku tolak, ada yang nak saman” – Disenarai Dalam Blockout, Imran Bard Buka Mulut

“Kalau yakin rezeki itu dari Allah, Insya-Allah, jangan risau, jangan takut, saya pernah melaluinya zaman vaksin dulu. Tak ada vaksin, tiada job untuk awak Rita.”
Jelasnya lagi, dia kini masih mampu lagi bernafas dalam industri hiburan apabila mereka meletakkan soal rezeki kepada Allah.
“Tapi mereka lupa yang saya ada Allah. Allah yang pegang rezeki saya.”
Sejak kebelakangan ini, kecoh diperkatakan tentang Gerakan Blockout 2024 di mana ia adalah satu gerakan boikot terhadap mana-mana artis yang masih bekerjasama dengan produk Israel.
Sumber : mStar Online
