in

“Allah video call pulak!” – Netizen Tergelak Tengok Reaksi Spontan Gadis Ini Masa Konsert Billie

ft penonton video call masa konsert billie

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tidak dinafikan konsert Billie Eilish semalam memang banyak memberikan respon negatif, pasal sampah merata, kedudukan penonton dan sistem suara.

Bagaimanapun ada juga kerenah penonton yang membuatkan rakyat Malaysia terhibur sepanjang konsert itu berlangsung.


 

“Allah video call pulak!”

Satu video kini tular apabila seorang peminat marah peminat lain yang menganggu penonton lain. Rasanya memang dah jadi satu perkara biasa untuk kita merakam detik gembira untuk rujukan kelak. Tetapi kalau boleh janganlah sampai ganggu pemandangan mereka yang berada di belakang kita.

Video terebut memperlihatkan ada penonton buat panggilan video kepada seorang wanita sampaikan ada penonton lain menjerit dan minta individu tersebut untuk alihkan telefonnya kerana telah ganggu pemandangan.

Dalam masa 11 jam, video tersebut telah meraih lebih daripada 12K jumlah retweets dan rata-rata netizen terhibur dengan reaksi spontan lelaki tersebut.

Screenshot 2022 08 19 185529 Screenshot 2022 08 19 185554 Screenshot 2022 08 19 185710

Dalam pada itu ada juga menyatakan bahawa tindakan individu tersebut sebagai satu perkara yang memalukan dan ada juga sifatkan sebagai pentingkan diri sendiri.

Hahahahaha! Tak apa lah semua yang datang nak layan konsert kan, apapun harap jangan jadikan perkara ini sebagai habit kalau datang konsert nanti.

Baca : Ramai Netizen Luah Rasa Tak Puas Hati Tengok Konsert Billie Eilish Sebab….

ft konsert billie eilish 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.