Inilah yang dikatakan rezeki…
Tidak lama dulu, kecoh diperkatakan mengenai isu pelakon Datuk Aaron Aziz telah digugurkan daripada filem The Original Gangster (TOG) yang diarahkan Syamsul Yusof.
Namun semuanya nampak bertambah baik buat Aaron apabila baru-baru ini dia berkongsi sebuah video berdiri sepentas dengan pelakon filem Marvel, Thor iaitu Chris Hemsworth dalam mempromosikan sebuah filem.
Chris yang kini berada di Manila untuk mempromosikan filem Netflix bertajuk Extraction 2 dilihat telah berjabat tangan dengan Aaron dalam majlis tersebut. Turut hadir di acara itu ialah Sam Hargrave dan pelakon Malaysia, Iedil Putra.
@therealaaronaziz Alhamdulillah ini lah surprise yg Abg katakan. ALLAH knows best.@NetflixMY @NetflixFilm : #TylerRakeLives #Extraction2PH Fight scenes GEMPAK gila!! 100 times better than Fast X. @chrishemsworth @samhargrave (Director) @iedilputra #f #fyp #fy #fypシ #aaron #aaronaziz #fypシ゚viral
Menerusi ruangan kapsyen, Aaron mendedahkan bahawa inilah kejutan yang pernah dia katakan peminat dan bersyukur dengan peluang yang diberikan ketika berada di Manila, Filipina.
Alhamdulillah inilah surprise yang abang katakan. Allah knows best. Fight scene GEMPAK gila!! 100 times better than Fast X,” tulisnya.
“Slay bang. Rezeki lain orang tak nak kita, Allah ganti dengan lebih padu”
Perkongsian tersebut telah mendapat komen positif netizen yang mana rata-rata memuji pelakon tersebut dan berharap suatu masa nanti dapat berganding dengan bintang Marvel itu dalam satu filem.
Dalam pada itu, ada juga di kalangan netizen sempat menyindir pengarah Syamsul Yusof yang menggugurkan Aaron dari filem sebelum ini kerana rezeki pelakon itu bertambah baik apabila berpeluang sepentas dengan Chris Hemsworth.
Semoga terus sukses Aaron Aziz!
Baca: “Dia ada slipped disc” – Syamsul Yusof Jawab Sebab Gugurkan Aaron Aziz Dari Produksi