Berkhidmat dalam pasukan unit beruniform seperti polis, askar dan bomba bukanlah satu tugas yang mudah. Setiap masa mereka harus bersedia untuk berhadapan dengan panggilan bantuan dan kecemasan.
Antara contoh terdekat ialah seperti yang dikongsikan oleh abang bomba ini menerusi akaun TikTok @amboi__ .
Menerusi video tersebut, abang bomba ini dilihat sedang merakam dirinya makan nasi lemak di tempat kerja. Walau bagaimanapun, baru dia menyuap kali kedua, loceng kedengaran berbunyi menandakan mereka perlu keluar untuk bertugas.
@amboi__ Kerana tugasan abg sanggup tinggal nasi lemak mak bedah. Kalau ramai up video makan dekat dalam kebun?, #fypシ #viral #foryou #xyzbca #fypシ゚viral #ditaja #masukberanda
“Baru dapat makan. Tadi sarapan pagi 9 lebih ni sekarang pukul 1.30”
Namun video itu tidak terhenti di situ saja, abang bomba ini kemudian memuat naik video yang kedua memaparkan dia sedang menjamah makanan di tapak kebakaran.
Agak sedih juga apabila dia memberitahu bahawa nasi itu masih lagi elok untuk dimakan walaupun sudah ditinggalkan dari jam 9 pagi hingga 1.30 petang.
https://www.tiktok.com/@amboi__/video/7066661987677195547?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1
Tadi sarapan pagi pukul 9 lebih, ni pukul 1.30 petang. Sebabkan tengah azan kita orang rehat sekejap.
“Masih boleh makan lagi. Sedap!” katanya sambil memberi peringatan untuk elakkan pembakaran terbuka.
“Allah je yang dapat balas jasa baik abang”
Video yang dikongsikan abang bomba ini telah membuatkan rata-rata netizen terharu dengan kegigihannya dalam melakukan tugas meskipun ketika perut masih kosong.
Salutelah dengan abang ni! Terima kasih sebab selalu bantu rakyat Malaysia.