Hampir setiap wanita mengidamkan zuriat sendiri selepas mendirikan rumah tangga. Ia seperti pelengkap kehidupan bagi mereka namun bukan semua orang boleh merasakan nikmat ini.
Pelakon dan pengacara jelita tempatan, Siti Elizad Sharifuddin adalah antara wanita yang diuji dengan kesukaran untuk hamil.
Kalau korang nak tau, Elizad pernah menjalani pembedahan buang cyst sebanyak dua kali. Yang pertama ketulan itu seberat 4kg.
Yang kedua lebih parah, ketulan yang dibuang sebesar 7cm namun semasa pembedahan dijalankan, ovarinya tertarik sekali dengan cyst tersebut!
Ovari tinggal satu bukan penghalang dapat zuriat
5 tahun perkahwinan tanpa zuriat, Elizad dan suami tak berputus asa. Pelbagai cara mereka ikhtiarkan termasuklah membuat rawatan kesuburan In-Vitro Fertilization (IVF).
Pada 21 Oktober lepas Elizad telah menjalani rawatan IVF. Dan alhamdulillah! Berjaya.
Khabar gembira buat pasangan suami dan isteri ini, minggu lepas, Elizad disahkan hamil. Namun siapalah yang mampu melawan takdir, Elizad dedah di laman instagram peribadinya, dia mengalami keguguran.
Allah bagi rasa nikmat jadi IBU tu minggu lepas .
Tapi DIA ambil balik .
Terjentik sungguh “ RASA “ itu . ?Dimaklumkan pregnant minggu lepas . Masyaallah dia punya happy tak tau nak kata , sbb dah lama menanti , tapi kandungan x kuat & bleeding .
Tak tau nak gambarkan perasan mcm mana . ? Terduduk seketika .Tak mengapa, Inshaallah ada rezeki lain. Husnuzon, bersangka baik. I will never give up. I will always be positive & will keep on praying. See you again Doctor on January 2021. Thank you to those who been very supportive & keep praying for my ivf journey.
Kalau korang ikuti persona ini, sukar untuk melihatnya tak tersenyum. Sangat tabah!
Rakan artis yang lain turun memberi semangat di ruangan komen instagram.
Min doakan Elizad dan suami sabar dan tabah menghadapi ujian ini. InshaAllah rezeki akan datang nanti!
Baca : “Saya macam tak percaya” – Nora Danish Bersyukur Dapat Khatam Al-Quran Pada 9 Malam Terakhir Ramadan