in

“Allah, anak aku…” – #Throwback Bapa Kongsi Detik Ketika Terima Panggilan, Diberitahu Zulfarhan Meninggal Dunia

Arwah Zulfarhan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penantian lebih dua tahun akhirnya terjawab. Hari ini, Hakim Datuk Azman Abdullah memutuskan 18 penuntut UPNM bersalah dalam kes dera yang menyebabkan kematian penuntun UPNM, Zulfarhan Osman Zulkarnain.

Seorang lagi penuntut Muhammad Akmal Akif Alias, 23, dilepaskan dan dibebaskan tanpa perlu membela diri bagi pertuduhan mencederakan Zulfarhan.


Arwah10
sumber: mstar

Menurut Harian Metro, kesemua 18 penuntut itu diperintahkan untuk membela diri oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Kes ini diputuskan sebegitu selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwaan.

Video menunjukkan bapa arwah Zulfarhan membuat sujud sukur di koridor Kompleks Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menimbulkan rasa sebak dan terharu seluruh rakyat Malaysia.

https://twitter.com/madhiamadani/status/1156392047110000640

Pada Jun 2017, Zulkarnain Idros, 53, pernah berkongsi detik ketika dia menerima panggilan telefon dan dimaklumkan tentang kematian anak sulungnya itu.

 

“Anak encik meninggal dunia.”

1 Jun 2017, 11.30 malam. Zulkarnain menerima panggilan telefon dan berharap ia adalah berita gembira tentang anaknya dipilih untuk sertai Tentera Laut. Namun, tanpa disangka panggilan itu meruntun hatinya, isteri dan keluarga.

Anak encik meninggal dunia.”

Arwah11
sumber: blog

Panggilan itu adalah dari seorang pegawai Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan apabila ditanya apa yang berlaku pada anaknya, hati Zulkarnain berkecai.

Arwah mati terbakar.”

 

“Allah, anak aku…”

Saat mendengar berita kematian anaknya itu, isteri Zulkarnain, Hawa Osman berusia 54 tahun terus menangis dan berkata,

Allah, anak aku…”

Ketika pegawai menyebut nombor pengenalan tentera Zulfarhan, dia masih tidak berupaya untuk percaya berita itu dan terus minta nombor pengenalan awam anaknya.

Otak saya berkecamuk. Saya terus berfikir bahawa kesemua ini adalah suatu kesilapan. Mungkin ia anak orang lain? Saya perlu menyaksikannya sendiri.”

Arwah3
sumber: awani

 

Ibu sudah rasa sesuatu yang tidak kena

Sebaik menerima berita itu, meskipun terkejut dan bersedih mereka berdua bergerak dari rumah di Johor ke Hospital Serdang bersama tiga anak yang lain. Hawa akui dia sudah mengesyaki sesuatu yang tidak kena sebelum menerima panggilan mengejutkan itu. Katanya,

Anak saya selalunya menelefon setiap malam, tapi tiada panggilan lebih daripada seminggu kerana dia hilang telefonnya. Malah selepas beberapa hari, saya rasa ada sesuatu yang tidak kena.”

Arwah2
sumber: awani

 

Terpaksa tunggu 6 jam untuk lihat wajah arwah

Jam 3 pagi keluarga itu tiba di Hospital Serdang disambut oleh pegawai UPNM yang menghubungi mereka. Namun, keluarga penuntut berusia 21 tahun itu masih belum dibenarkan melihat jenazah sehingga jam 9 pagi.

Kebumi1
sumber: blog
Kebumi
sumber: twitter

 

“Apakah yang telah terjadi?”

Menurut Hawa, ketika proses pengecaman mereka hanya ditunjukkan wajah sebelum meminta ditunjukkan keseluruhan jasad anaknya. Zulkarnain akui tidak mampu berkata-kata untuk menggambarkan perasaan mereka sekeluarga saat melihat mayat Zulfarhan dalam keadaan 80 peratus badan yang dipenuhi kesan terbakar.

Kesan Tekap
sumber: blog

Saya tidak punya kata-kata untuk menceritakan bagaimana perasaan saya melihat anak kami dalam keadaan begini. Saya tidak mempunyai air mata lagi. Ia amat menghancurkan hati ibunya. Dia melahirkan seorang bayi lelaki yang sempurna dan sihat.”

Arwah7
sumber: awani

Saya tidak boleh berhenti bertanyakan pada diri saya: Mengapakah kami harus mengkebumikan dia dalam keadaan begini? Apakah yang telah terjadi?”

Pada 2 Jun 2017, jam 3 petang jenazah arwah Zulfarhan diserahkan kepada keluarganya dan dikebumikan di Johor pada petang itu.

 

Ibu bapa tertuduh minta maaf

Kata Zulkarnain ketika prosiding, mereka berdua dan anak perempuan berusia 15 tahun duduk di barisan depan galeri awam. Perlahan-lahan mereka perhatikan wajah pelaku-pelaku yang dituduh membunuh anaknya.

Bunuh 1
sumber: mstar

Di situ jugalah duduknya ibu bapa 19 orang pelaku itu dan ada yang nampak malu dan ada juga yang cuba sedaya upaya untuk beri semangat pada anak mereka.

Dua daripada ibu bapa tertuduh itu ada mendekati saya untuk meminta maaf.”

Saya kata pada mereka: Jika saya maafkan kamu, adakah saya boleh dapatkan anak saya balik?”

 

Banyak khabar angin didengari

Menurut Hawa, banyak cerita dia dan keluarganya dengar sejak kematian Zulfarhan.

Terdapat banyak cerita sejak kejadian itu. Kami telah mendengar banyak khabar angin tentang apa yang berlaku. Tetapi kami perlu mencari kebenaran. Walaupun kes ini mengambil masa lama, saya akan terus mengikutinya demi anak saya. Kami tidak boleh hanya melepaskannya.”

Arwah8
sumber: twitter

Keadilan telah terbukti! Harap kesemua 18 penuntut yang bersalah itu dijatuhi hukuman setimpal. Al Fatihah buat Allahyarham Zulfarhan Osman.

Baca: “Sujud syukur seorang bapa” – 18 Tertuduh Kes Zulfarhan Didapati Bersalah, Penuntut UPNM Kena Bela Diri

Bapa Sujud

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.