Siapa yang suka pakai all black dari atas kepala sampai ke kaki, min ada berita baik untuk korang!
Kalau nak tahu pemakaian secara all black dijangka akan menjadi salah satu trend paling besar pada tahun 2022. Nilah masanya nak jadi trendsetter gituuu!
Selain trend all black, Pinterest Predict turut menyenaraikan beberapa trend fesyen lain yang diramal akan menjadi popular pada tahun hadapan, 2022, berdasarkan kaji selidik yang dijalankan semenjak Oktober 2019 sehingga September 2021.
Berikut merupakan antara enam trend fesyen lain yang diramal bakal popular pada tahun 2022:
1. Mutiara
Pernah dianggap sebagai salah satu fesyen yang ketinggalan zaman, kini, pemakaian mutiara sebagai perhiasan sudah semakin mendapat tempat dan digilai masyarakat tak kira usia atau jantina.
Menurut Pinterest Predict, gaun yang dipenuhi mutiara seperti yang dipakai selebriti Barbie Ferreira di 2021 Met Gala dijangka akan mendominasi platform fesyen pada tahun 2022. Selain itu, barangan kemas mutiara seperti cincin dan rantai leher mutiara untuk lelaki juga diramal bakal trending pada tahun hadapan.
2. Warna terang
Selain daripada fesyen all black, fesyen yang memadankan pakaian berwarna terang juga dijangka akan mendapat perhatian ramai pada tahun 2022.
Difahamkan, warna-warna terang sudah banyak digunakan dalam pentas peragaan baru-baru ini dan warna Fuschia dan Electric Blue adalah antara warna diramal Pinterest Predict yang bakal menjadi trend.
Selain itu, ramalan juga mengatakan gradient dress juga dijangka bakal trending pada tahun hadapan.
3. Corak kotak-kotak
Menerusi ramalan, corak kotak-kotak atau juga dikenali sebagai Checkered bakal ‘meletup’ pada tahun 2022 dan dijangka, golongan milennial dan boomer yang akan memandu trend ini.
Ramai kaum lelaki dijangka bakal menggayakan pakaian bercorak seperti checkerboard dan sut kotak-kotak diramal akan menjadi salah satu trend fesyen pada tahun depan.
4. Space bun
Buat kaum wanita yang gemar menggayakan rambut mereka mengikut fesyen terkini perlu take note ini sebab Pinterest Predict ramalkan gaya rambut space bun akan menjadi trend pada tahun 2022.
5. Warna & style kuku ikut landskap
Carian terma seperti Galaxy nail art dan ocean nail art merupakan antara gaya kuku yang paling banyak dicari di internet, menyebabkan ia diramal bakal menjadi trend pada tahun hadapan.
Selain gaya kuku berupa angkasa, warna dan style kuku berupa Aurora dan padang pasir juga dijangka bakal trending.
6. Rebel hairstyle
Selain pemakaian, laman web Pinterest Predict turut meramalkan beberapa potongan rambut yang dijangka bakal menjadi ikutan ramai pada tahun 2022 kelak.
Gaya rambut seperti buzzcut, mullet dan short mohawk dijangka akan mendapat permintaan ramai pelanggan Gen Z di salon.
Fesyen mana satu pilihan korang?
Sumber: Pinterest Predict, PinkVilla
Baca: 5 Rekaan Fesyen Baju Raya Yang Telah Wujud Berkurun Lamanya!