in

Aliff Aziz & Ruhainies Muncul Di Mahkamah Syariah Berkaitan Kes Khalwat? Ini Penjelasan Peguam

Ruhainies Aliff Aziz Tangkap Khalwat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Media melaporkan pasangan pelakon kontroversi, Aliff Aziz dan Ruhainies dilihat hadir ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, semalam.

Dikatakan kehadiran kedua-dua pelakon itu ke mahkamah adalah berkaitan dengan kes tangkapan khalwat pada Mac lalu.


Memetik sumber mStar, peguam yang mewakili Aliff Aziz menjelaskan yang mereka berdua hadir bagi tujuan sebutan pertama pemakluman tuduhan tanpa merekodkan sebarang pengakuan daripada defendan.

Artikel berkaitan: Ambik Cakna Pasal Isu Aliff Aziz, Wanita Cina Ini Luah Rasa Menyirap

Artikel berkaitan: “Tak sure kebetulan ke apa” – Ruhainies Dakwa Drama Terbaru Ada Kaitan Dengan Ujian Dia Hadapi Sekarang

Screenshot 2024 06 21 104330

Bagaimanapun, kedua-dua pelakon itu telah dibebaskan dengan jaminan RM1,500 bagi setiap seorang.

“Ya saya sahkan Aliff dan Ruhainies hadir ke mahkamah pagi ini (Khamis) bersama peguam yang mewakili kedua-dua pihak iaitu saya dan Amirul Ashraf Ghani mewakili Ruhainies.

“Hari ini sebutan kali pertama di hadapan Mahkamah Rendah Syariah bagi tujuan pemakluman tuduhan iaitu tanpa direkodkan sebarang pengakuan,” katanya.

Jelasnya, pertuduhan terhadap Aliff dan Ruhainies akan dilakukan di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur pada 3 Julai depan.

Terdahulu, media melaporkan artis berstatus suami orang dan pasangannya seorang pelakon wanita, dicekup berkhalwat selepas didakwa bersekedudukan di sebuah kondominium mewah. Tangkapan dibuat JAWI berdasarkan maklumat orang awam.

Sumber: mStar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.