in

Aliff Aziz Dedah Hubungan Dengan Bella Dah Lama Retak, Selalu Kongsi Masalah Dekat Ruhainies

Ft Aliff Aziz Dedah Rapat Ruhainies

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pelakon dan penyanyi Aliff Aziz akhirnya telah tampil bersuara menerusi satu podcast dan ia menjadi perhatian orang ramai sejak malam tadi.


Dalam podcast tersebut, Aliff ada mendedahkan bahawa hubungan dengan Bella sudah lama retak sejak Bella dikatakan ada hubungan sulit dengan seorang pelakon baru, Muaz Zabir.

Artikel berkaitan : “Bekerut je dahi aku dengar” – Lama Berdiam Diri, Kenyataan Aliff Aziz Buat Netizen Geram?

Artikel berkaitan : Aliff Aziz Kata ‘Enjoy The 5 Minute Of Fame’, Sarah Yasmine Dedah Dia Ucap ‘Goodbye’ Dulu

Jelasnya lagi, biarpun mereka sudah berdamai, masih berlaku pergaduhan dek kerana hal-hal kecil dan Bella ada meluahkan hasrat untuk berpisah.

Semenjak itu, Aliff dan Bella tidak boleh berkomunikasi dengan baik untuk selesaikan masalah dan ia menyebabkan Aliff sentiasa sibukkan diri dengan kerja.

Aliff Aziz 2 343X600 1

“Sampai masanya saya rasa saya hanya perlu berdiamkan diri tanpa mengetahui yang berdiam diri itu hanya akan membuatkan lebih banyak masalah datang.”

Jelasnya lagi, semasa shooting drama Terjerat, prestasi kerja Aliff jadi merundum dan ia membuatkan Ruhainies mula bertanya masalah yang dihadapinya.

Jelas Aliff, dia mengakui bahawa dia ada kongsi masalah peribadi dan ia membuatkan mereka jadi semakin rapat. Ditambah pula mereka yang selalu berjumpa di set penggambaran.

Aliff Ruhainies Cctv

“Sampai sekarang aku menyesal sangat mula bercerita, sebab benda tu aku yang kawal. Kenapa pula aku nak meluah dekat orang? Tapi, masa tu perkahwinan kami retak macam-macam yang berlaku. Aku akhirnya buat benda sama sekali lagi.”

“Aku rasa bila aku meluah tu mungkin Ruhainies rasa simpati ke apa. Tapi niat aku bukanlah nak raih simpati sebenarnya. Aku nak meluah untuk kurangkan beban yang ada.”

Ruhainies Aliff Rapat

Bagaimanapun, Aliff Aziz tidak menyalahkan Ruhainies dalam hal ini sebaliknya meletakkan kesalahan itu dibahunya.

Katanya lagi jika dapat undur semula waktu, dia sedar dia tak patut kongsikan hal rumah tangganya dengan lebih mendalam kepada Ruhainies.

Sumber : YouTube

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.