Setelah sekian lama mendiamkan diri, akhirnya Alif Teega semalam memuat naik satu posting di Instagram memaklumkan bahawa dia dan isteri pertama, Aisyah Hijanah bakal melancarkan sebuah single bertajuk ‘Teristimewa’.
Aliff juga katanya masih lagi memilih tarikh yang sesuai untuk melancarkan lagu tersebut iaitu sama ada 5 atau 6 Januari 2024 nanti.
View this post on Instagram
Alhamdulillah, Semoga dapat beri manfaat kebaikan buat semua. Bila nak release ya?” tulisnya di kapsyen.
Meskipun tiada snippet nyanyian mereka bersama dimuat naik, Alif ada memaparkan sedikit rakaman muzik video lagu tersebut di IG Story yang memaparkan kemesraan pasangan tersebut.
“Sekarang baru nampak nombor 1 istimewa”
Walau bagaimanapun, niat Alif yang sekadar berkongsi mengenai lagu tersebut telah menerima sindiran dan kecaman daripada netizen yang masih terkesan dengan isu kecurangannya dan berkahwin dua.
Malah ada juga yang mengatakan, kalau benar Aisyah ‘teristimewa’ mengapa harus Alif berkahwin lagi satu? Ah sudah!
Sejak dari semalam juga, nama pasangan ini menjadi sebutan ramai apabila Aisyah Hijanah dilihat hadir sebagai tetamu rancangan Meletop dan dia juga ditemani suaminya, Alif yang duduk di kerusi penonton.
View this post on Instagram
Apa-apapun kita doa yang baik-baik sahajalah untuk mereka. Sampai bila kita nak mengecam, walhal mereka nampak okay saja kan?
Sumber: Instagram