Semalam, seluruh rakyat Malaysia menarik nafas lega apabila kanak-kanak berusia enam tahun, Albertine Leo Jia Hui yang dilaporkan hilang sebelum ini telah selamat ditemukan di Batang Kali, Selangor.
Menurut laporan NST, kanak-kanak tersebut sudah pun keluar dari hospital sekitar jam 1 ke 2 petang semalam selepas menerima pemeriksaan kesihatan di sana, sebelum dibawa pulang ke Johor.
Mangsa tiba di hospital pada waktu pagi, dan sekitar jam di antara 1 petang dan 2 petang, pesakit telah discharge… dengan diiringi polis,” kata sumber.
Artikel berkaitan: Albertine Leo Ditemui Selamat, ‘Disorok’ Penculik Dalam Hotel Bajet Dekat Batang Kali
Artikel berkaitan: Kes Hilang Albertine Leo: Syarikat Konsultan Tawarkan Ganjaran RM50,000 Kepada Individu Temui Kanak-kanak Hilang
Albertine sudah pulang ke pangkuan keluarga
Dalam satu perkembangan terbaru, The Star melaporkan bahawa Albertine Leo yang hilang tiga hari lalu telah pun disatukan dengan keluarganya.
Malah seorang pengguna media sosial yang dipercayai saudara mangsa telah berkongsi gambar detik gembira tersebut dan menyatakan ucapan terima kasih di atas keprihatinan orang ramai terhadap kes itu.
Katanya lagi, Albertine ketika ini memerlukan rehat yang cukup kerana letih selepas apa yang berlaku beberapa hari lalu.
Kami akan membawanya pulang dan beri ruang kepadanya untuk berehat.
“Keluarganya juga ingin mengucapkan terima kasih atas semua kasih sayang dan keprihatinan orang ramai dalam membantu berkongsi posting yang membawa kepada penemuannya ini,” katanya.
Ibu kanak-kanak itu, Leo Qieo Xin, 37 juga dilihat mengangkat ibu jari tanda baik di dalam gambar itu bersama ahli keluarga yang lain.
Syukurlah adik Albertine telah berjaya ditemui.