Secara fitrahnya, kanak-kanak memang sukakan makanan manis. Jarang kita jumpa kanak-kanak yang menolak apabila ditawarkan gula-gula, coklat, aiskrim atau sebarang makanan manis lain.
Namun, ada sebab kenapa sesuatu makanan itu dilabel “jauhkan daripada kanak-kanak” walaupun makanan itu kelihatan menarik dan manis.
Seperti kejadian yang berlaku di Kingston, Jamaica, lebih 60 murid sekolah rendah dimasukkan ke hospital pada Isnin gara-gara termakan gula-gula yang dicampur dengan ganja.
Artikel berkaitan: Budak 11 Tahun Sesak Nafas, Loya Kerana Disyaki Makan ‘Biskut Ganja’ Buatan Bapa
Artikel berkaitan: Lelaki Jual Ganja Dalam Bentuk Kek, Susu dan Madu Untuk ‘Rawatan Kesihatan’
Menteri Pendidikan dan Belia, Fayval Williams memaklumkan berdasarkan laporan doktor, mujur tiada seorang pun kanak-kanak yang berumur antara tujuh hingga 12 tahun itu dalam keadaan kritikal.
“Gula-gula itu menyebabkan kanak-kanak terbabit muntah dan berhalusinasi,” katanya sambil menambah doktor dan jururawat melaksanakan semua yang mereka boleh lakukan untuk memastikan mangsa dapat pulih,” katanya.
Tambahnya, beliau juga telah melawat hospital tempat kanak-kanak terbabit menerima rawatan.
Pembungkusan pada gula-gula terbabit menyatakan produk itu mengandungi Delta-8 tetrahydrocannabinol, juga dikenali sebagai delta-8 THC, bahan psikoaktif yang terdapat dalam tumbuhan Cannabis sativa, menurut laman web Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan FDA.
Menurut agensi kawal selia Amerika Syarikat, gula-gula itu mempunyai ‘kesan psikoaktif dan memabukkan’.
Malah, bungkusan gula-gula itu menunjukkan amaran kerajaan di bahagian belakang yang menyatakan, “jauhkan daripada kanak-kanak” dan “tidak boleh diambil oleh sesiapa yang berumur di bawah 21 tahun”.
Sumber: Harian Metro