Perdana Menteri Malaysia yang ke-10, Dato’ Seri Anwar Ibrahim sememangnya terkenal dengan sikapnya yang peramah dengan rakyat.
Kali ini gelagatnya datang mendekati rakyat untuk bertegur sapa walaupun ketika dalam kesibukan bertugas mentadbir negara telah menjadi perhatian netizen di media sosial.
Baru-baru ini, video yang menunjukkan gelagat beliau yang lucu itu telah dikongsikan di Twitter apanakdikato dan video tersebut telah ditonton sehingga 2.7 juta kali oleh pengguna platform tersebut.
"Ah meh sini meh sini"
"Alamak dia dtg plak.. dia buat hal".🤣 pic.twitter.com/EgnAgYSyh0
— Abang aji🪵 (@apanakdikato) July 26, 2023
Dalam video yang berdurasi selama 41 saat itu, dapat dilihat Perdana Menteri dan pegawai-pegawainya sedang berjalan ke arah bangunan berkembar Petronas (KLCC) apabila ada beberapa orang awam yang berada berdekat dengan kawasan itu melambai ke arah Anwar Ibrahim.
Beliau juga telah melambai semula kepada sekumpulan individu tadi namun mereka agak terkejut kerana tidak menyangka bahawa Anwar akan datang mendekati mereka untuk bertegur sapa.
Perdana Menteri kemudiannya memaklumkan kepada mereka bahawa beliau sedang dalam perjalanan untuk majlis makan malam bersama Presiden Filipina, Ferdinand Marcos Jr.
Beliau turut bertanya kepada individu yang merakam video terbabit adakah semuanya baik-baik sahaja.
Namun, mungkin kerana terkejut, individu yang merakam hanya mampu membalas ‘Okay’ sahaja kepada Perdana Menteri.
Walau bagaimanapun, reaksi individu tersebut telah membuat ramai terhibur sehingga ada yang buat jenaka tentang reaksinya itu.
Sumber: Twitter @apanakdikato
Baca: “Ingatkan lighting video”- Objek Putih Depan PM Ketika Pertemuan Maya Anwar-Elon Musk Jadi Perhatian