in

“Alahai comelnya dia menari” – Tular Video Gelagat Kanak-Kanak Perempuan Yang ‘Struggle’ Menari

Feature Image Menari Struggle

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dulu-dulu masa sekolah tadika, lepas tamat je sesi pembelajaran mesti kita akan hadir ke majlis graduasi sebelum sambung ke darjah 1.

Baru-baru ni, tular di laman Twitter mengenai video berdurasi 1 minit 38 saat yang menunjukkan sekumpulan kanak-kanak yang sedang berada di atas pentas membuat persembahan tarian bagi majlis graduasi.


Namun, apa yang mencuri perhatian netizen adalah, ada seorang kanak-kanak perempuan yang turut menjadi salah seorang menari atas pentas kelihatan struggle dalam tariannya disebabkan veil yang dipakai.

Terdapat 7 orang kanak-kanak yang membuat persembahan di atas pentas itu sambil di tonton oleh ibu bapa. 5 orang kanak-kanak lelaki dan 2 orang kanak-kanak perempuan membuat persembahan tarian berlatarbelakangkan lagu Dikir Puteri oleh Noraniza Idris.

Menari 2
Sumber: twitter

Kanak-kanak perempuan yang memakai baju biru bersama veil putih di kepala itu kelihatan struggle dalam tarian semasa step yang menundukkan kepala kerana veil tersebut menutup mukanya.

Disebabkan itu, dia kelihatan berlainan daripada penari yang lain.

Menari 3
Sumber: twitter

Namun, walaupun veil itu seperti mengganggu dia sepanjang tarian itu dilakukan, ia seperti tidak mematahkan semangatnya dan gadis kecil itu tetap enjoy menghabiskan persembahan tariannya bersama rakan-rakan.

Rata-rata netizen terhibur melihat gelagat dan telatah gadis kecil itu. Walaupun dia kelihatan struggle atas pentas tapi tetap enjoy!

 

Ter 2
Sumber: twitter

 

Ter 1
Sumber: twitter

Video ni memang boleh buat orang terhibur betul la. Admin doakan adik tu satu hari nanti jadi penari yang hebat dekat Malaysia ni!

 

Baca: “Patutlah Ronaldo sanggup joget camtu” – Ini Jawapan Kenapa Ronaldo ‘Sanggup’ Menari Untuk Shopee

Ronaldo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.