Usahawan Datuk Seri Aliff Syukri menjelaskan yang dia tidak terkejut apabila dapat tahu tentang konflik rumah tangga Ira Kazar dan suaminya, Syamsul Yusof.
Dia yang sudah lama berkawan rapat dengan anak pelakon Kazar Saisi itu memilih untuk tidak masuk campur urusan pasangan berkenaan.
Artikel berkaitan : “Bukan urusan saya” – Puteri Sarah Enggan Masuk Campur Pasal Kes Syamsul & Ira Kazar
Artikel berkaitan : Syamsul Yusof Didakwa Failkan Perceraian Terhadap Ira Kazar Hari Ini
Dia juga berharap agar orang ramai tidak mendoakan perkara buruk berhubung kes penceraian Ira dan Syamsul itu.
“Saya dengan Ira memang rapat, bukan atas dasar ambil kesempatan ke apa. Sebenarnya saya dah tahu cerita Ira ni dah lama cuma sebagai orang luar saya tidak patut sentuh isu rumah tangganya.”
“Saya sentiasa mendoakannya dan bagi saya janganlah kita mendoakan penceraian orang lain.”
Mengulas situasi yang sedang dilalui, Aliff berkata dia pelik kenapa ada yang bertepuk tangan setelah mendengar khabar berita itu.
“Bila saya lihat ada yang ketawakan situasi dia, siap buat sembahyang syukur, memang tak patut. Bagi saya apabila kita seronok lihat kesusahan orang lain, takut nanti kita pula yang terkena jadi doakan sahaja kebahagiaan dia.”
Dalam pada itu, Aliff menjelaskan kepada mStar bahawa keadaan rakannya itu baik sahaja. Isnin lalu, Syamsul memfailkan penceraian terhadap Ira dan ia disahkan sendiri oleh peguam syarie yang mewakilinya, Azmi Rais.
Sumber : mStar Online