Rasanya semua dah tahu betapa bahayanya Coronavirus ni, jadi tak boleh di ambil remeh sebab ia boleh membunuh dalam sekelip mata sahaja. Sekarang ni orang-orang Itali Perancis, Sepanyol dan Germany pun tengah rasa terancam dengan penularan itu selain negara kita sendiri.
Tapi lain pula dengan pemuda ni, dia tunjuk aksi berani mati dengan menjilat pagar besi tempat beribadat untuk tunjukkan kat seluruh dunia yang dia tak takut pun Coronavirus tu, lapor LadBible.
Aku boleh jilat benda ni, aku tak takut apa yang berlaku”
While the city of Qom is the epicentre of #CoronaVirus in Iran, authorities refuse to close down religious shrines there.
These pro-regime people are licking the shrines & encouraging people to visit them.
Iran's authorities are endangering lives of Iranians & the world pic.twitter.com/s9o6zYhzNQ
— Masih Alinejad 🏳️ (@AlinejadMasih) February 29, 2020
Seorang pengguna Twitter, Masih Alinejad ada muat naik satu video menunjukkan aksi lelaki itu jilat dengan penuh bangga.
Walaupun bandar Qom adalah tempat utama dijangkiti Coronavirus di Iran, pihak berkuasa enggan menutup kuil-kuil keagamaan di sana.
Orang-orang pro-rejim di sana menjilat pagar besi di pusat beribadat dan menggalakkan orang ramai untuk melawat disitu.
Ramai yang mempertikai pihak berkuasa di sana kerana tidak menutup tempat tersebut.
Dalam rakaman lain, seorang lelaki lain juga ada tunjuk aksi berani mati dengan berkata celupar selepas melakukan aksi yang sama.
“Aku datang nak jilat benda ni jadi biar aku yang sakit. (Jilat), aku dah buang virus tu, jadi korang boleh datang dan melawat”
Tempat beribadat itu memang lah digalakkan untuk melawat, tapi kalau dah sampai ia boleh memudaratkan sebaiknya kita kenalah cegah. Bukan kah mencegah itu lebih baik daripada merawat?
Posting itu telah meraih lebih daripada 2,300 retweets. Ramai yang berharap agar pihak berkuasa dapat menutup tempat itu buat sementara waktu bagi melindungi pesakit.