Tidak dinafikan memberikan dorongan terhadap sesuatu perkara yang diminati anak adalah sesuatu perkara yang digalakkan buat ibu bapa.
Jadi, setiap ibu bapa akan ada cara mereka sendiri untuk mendidik dan menyokong anak mereka itu temasuklah selebriti Rozita Che Wan atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta ini dalam melayan kerenah anaknya, Aaisyah Dhiya Rhana.
Artikel Berkaitan : “Asal kau nak maki anak aku? – Che Ta Berang Diva AA Tiba-tiba Petik Nama Anaknya?
Artikel Berkaitan : [VIDEO] Macam Hotel 5 Bintang, Netizen Terpegun Tengok Bilik Tidur Anak Perempuan Che Ta
Jika diperhatikan, Aaisyah ini seperti begitu minat dalam menjaga kecantikan, jadi tidak hairanlah jika Aaisyah mahukan barang-barang kosmetik daripada ibunya.
Apa yang mengejutkan Che Ta lagi, segala jenama produk yang dimahukan anaknya, Che Ta sendiri tak tahu tetapi Aaisyah jauh lebih arif dalam bab-bab ini.
“Mummy tak penah dengar nama-nama skin care yg dia nakkkkkk tu. Nampak sangat mak hang dah tua Aaisyah.”
Antara barang yang diminta oleh Aaisyah adalah dari jenama-jenama terkemuka yang boleh dikatakan agak mahal harganya seperti The Ordinary, Drunk Elephant, Glow Recipe sambil mengoles produk kecantikan itu ke mukanya.
@rozitachewan1 Mampoih dahhhhhh! Mummy tk penah dgr nama2 skin care yg dia nakkkkkk tu🤣🤣🤣🤣🤣 nampak sgt mak hang dah tua aaisyah 🤣 . #aaisyahturns9 #cheta #rcw #fyp #makeup #fyp
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen terkedu apabila melihat anak kecil yang baru sahaja berumur 9 tahun sudah tahu dan pakai kosmetik yang golongan dewasa masih belum mampu pakai, bahkan ada di antara mereka mengatakan bahawa mereka mampu menggunakan produk sebegitu setelah dewasa.
Dalam pada itu, ada juga yang menasihati Che Ta bahawa salah satu produk yang dia minta itu lebih ke arah anti-penuaan di mana sangatlah tidak sesuai untuk digunakan oleh kanak-kanak.
Amboi dik, min nak beli produk yang awak cakap tu pun tunggu dapat bonus dik, tak pun dapat gaji OT.
Sumber: TikTok