‘Kerana mulut badan binasa’. Gara-gara menghina rakannya miskin, seorang remaja berusia 14 tahun maut dicekik.
Kamu miskin tidak bisa beli handphone.”
Ujar mangsa sebelum menimbulkan rasa dendam di hati rakannya.
‘First’ cekik pengsan saja, cekik kali kedua kemudian tunggu untuk pastikan mangsa mati
Kejadian yang berlaku di Malang, Jawa Timur Indonesia ini gemparkan warga tempatan di sana kerana mereka dikatakan adalah rakan sekampung.
Cerita si pelaku bernama Santoso, 20 tahun, punca kejadian adalah kerana dia tak berpuas hati dengan rakannya Adit Pratama kerana mangsa menghina status dirinya.
Dia mendakwa mangsa telah menghina dirinya miskin kerana tak mampu beli telefon bimbit sambil show off telefon baru miliknya.
Mangsa, Adit Pratama
Selepas perbualan mereka mengenai telefon bimbit tersebut, tanpa Adit tahu Santoso telah menyimpan dendam dan nekad untuk membunuhnya.
Santoso mengajak Adit pergi ke sebuah kawasan kononnya untuk melihat jaring dipasang untuk menangkap burung tanpa mengetahui ia hanyalah helah untuk membunuhnya.
Kemudian mendapati ada peluang, suspek mencekik mangsa hingga pengsan, tetapi rakannya itu sedar tidak lama kemudian dan melarikan diri ke kawasan kebun.
“Panik dengan apa yang berlaku, suspek mengejar mangsa dan mencekiknya hingga mati.
Bukan itu saja, dia sanggup tunggu selama dua jam untuk memastikan mangsa benar-benar mati.
Kira-kira jam 5 petang, barulah suspek meninggalkan lokasi kejadian bersama telefon bimbit dan barangan milik mangsa.”
Dua hari tak balik, ibu bapa lapor polis
Pembunuhan ini terbongkar selepas ibu bapa mangsa membuat laporan kehilangan Adit pada 29 November selepas anaknya itu tak pulang sejak 27 November.
Ketua Polis Daerah Malang, Hendri Umar berkata, keesokan hari satu mayat ditemui di sebuah kebun dalam keadaan ditutup dengan daun ubi dan betik. Setelah dilakukan pengecaman identiti, ternyata mayat tersebut adalah remaja yang dilaporkan hilang sebelum ini.
Menurut Harian Metro, suspek juga memberitahu polis bahawa dia tidak kesal dengan perbuatannya kerana menganggap ia balasan bagi orang yang menghinanya.