Semalam kita dikejutkan dengan berita bahawa pasangan selebriti, Fizi Ali dan Shakilla Khoriri mengambil keputusan untuk bercerai selepas tiga tahun hidup bersama.
Menurut Fizi atau nama sebenarnya Hafizudin Alimudin, keputusan untuk membawa haluan masing-masing itu dibuat atas kata sepakat mereka bersama. Perkara tersebut telah dikongsikan oleh penyampai radio itu melalui laman Instagram peribadinya baru-baru ini.
Pasangan itu juga bersetuju untuk membesarkan cahaya mata mereka, Ameena yang kini berusia dua tahun bersama walaupun mereka kini tidak lagi bersama.
https://www.instagram.com/p/CXfT23CrXMO/
Fizi luah rasa sedih bersama rakan DJ
Baru-baru ini, tular sebuah video di Tiktok berkenaan sesi perbualan antara Fizi bersama rakan-rakan penyampai radio, Ajak dan Suraya di konti radio Suria FM.
Melalui klip berdurasi lebih 2 minit itu, Fizi dilihat mengulas berkenaan isu penceraiannya, sebelum meluahkan perasaan sebenarnya terhadap keputusan itu.
Menurut Fizi, tidak ada seorang manusia pun yang mahukan perpisahan dalam sesebuah perhubungan. Jika berlaku sekalipun, ia bukanlah situasi yang diminta atau dijangka oleh mana-mana pihak dan kedua-duanya pasti akan merasakan kehilangan, tambah penyampai radio itu lagi.
Aku masih lagi sayang bekas isteri aku lagi tau. Bagi aku dia lah segalanya untuk aku. Kitorang berkenalan hampir ke lapan tahun, dah kahwin, macam-macam yang dia dah ubah aku, dah buat untuk aku” – luah Fizi
Ajak kemudiannya menyatakan bahawa dia menghormati kedua-dua Fizi dan Shakilla kerana tidak ada satu pihak pun yang mencanang perselisihan mereka di laman sosial. Mereka juga dikatakan matang dalam menguruskan hal peribadi yang mengakibatkan perpisahan itu.
Terus tabah demi anak-anak
Fizi turut meminta agar semua pihak mendoakan dirinya dan Shakilla agar mereka kuat untuk menempuh dugaan tersebut dan dapat terus menjaga Ameena.
Sampai satu tahap aku tak tahu nak bagitahu anak aku macam mana. Bila dia tanya mana ummi, aku cakap ummi kerja, ummi kerja. Bila dia tanya mana daddy, daddy kerja.”
Menyambung perbualan mereka, Ajak menyatakan bahawa dia pernah ke rumah Fizi di awal pagi dan melihat sendiri rutin hariannya ketika menguruskan anak kecil itu. Dia memuji tindakan Fizi sebagai bapa dan menyatakan mungkin perkara itu yang akan dia rindu selepas ini.
DJ Suraya dalam klip tersebut turut menambah bahawa Fizi pernah ‘menghilang’ untuk tempoh seminggu, di mana dia mungkin menggunakan masa itu untuk menyelesaikan masalah peribadinya.
Memang nampak dia sayang…
Di ruangan komen, ramai yang turut bersedih melihat luahan selebriti itu yang dikatakan kuat dalam menceritakan pengalamannya. Ramai juga yang meminta agar Fizi dan bekas isterinya supaya berbaik semula.
Apa-apa pun, semoga Fizi dan Shakilla terus tabah dalam ujian ini…
Baca: “Drama Bollywood 3 in 1” – Tiada Isu Nusyuz, Nynaa Haryzal Kembali Taat Kepada Suami