Kemelut yang dihadapi penyampai radio Fizi Ali mendapat perhatian dan simpati pelakon Sharnaaz Ahmad yang menyifatkan hubungan bapa dengan anak sepatutnya tidak dipisahkan.
Menurut pelakon yang terkenal dengan panggilan ‘Mamu’ tersebut, hanya mereka yang pernah melalui situasi yang sama pasti dapat memahami keperitan dan perbalahan bukanlah alasan untuk memisahkan seorang bapa dengan anaknya.
“Hanya yang lalui akan faham. Aku tak pernah jumpa Fizi, tetapi aku akan peluk kau brother”
Tambah Sharnaaz lagi, tidak kiralah siapa yang betul ataupun salah dalam hal tersebut tetapi jangan sesekali pisahkan hubungan anak dengan bapa walau apa pun alasannya.
Perkara tersebut dikongsikan Sharnaaz menerusi sebuah hantaran Instastory miliknya selepas video memaparkan berita tentang Fizi yang tidak dibenarkan untuk bertemu anak perempuannya itu tular.
Artikel berkaitan : Bergegas Tinggalkan Mahkamah, Fizi Ali Perli Shakilla Khoriri Datang Dengan Siapa?
Artikel berkaitan : Dakwa Larang Fizi Ali Jumpa Anak & Nombor ‘Phone’ Disekat, Ini Penjelasan Shakila Khoriri
Sebelum ini, proses sulh antara Fizi dan bekas isteri, Shakila Khoriri yang diadakan di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam berhubung isu hak penjagaan anak mereka gagal mencapai kata sepakat kerana permintaan Fizi yang memohon hak lawatan terhadap anak mereka tidak dipersetujui oleh Shakila.
Sumber : Instagram