Tergamak seorang anak mahu membunuh ibunya sendiri kerana agenda yang tersendiri. Menurut AsiaOne, seorang wanita telah ditahan polis selepas dia mengupah 2 gangster untuk bunuh ibunya. Kachana Srisung, 25, mengaku memberi arahan kepada 2 gangster tersebut untuk menembak mati ibu dia. Tujuan sebenar dia buat macam tu adalah sebab dia nak aset yang dimiliki ibunya.
Pada 22 Jun lepas, ibunya yang berusia 55 tahun ditembak di bahagian dada ketika mengayuh basikal pulang ke rumah. Mangsa kemudian dikejarkan ke hospital dan dilaporkan selamat tetapi berada dalam keadaan koma lebih sebulan.

Lepas sedar dari koma, ibu Kachana laporkan hal itu kepada polis. Selepas siasatan dibuat, polis menjumpai bukti bahawa Kachana ada hubungi 2 gangster tersebut. Kachana menawarkan 100,000 baht (RM27,000) untuk setiap seorang gangster itu.
Kachana yang mempunyai 2 orang anak itu kemudian berterus terang dengan pihak polis dan memberitahu motif pembunuhan itu. Katanya, dia mahu ibunya mati untuk mendapatkan insurans sebanyak 100,000 baht setiap satu supaya dia dapat ikat jamin teman lelakinya yang dipenjarakan sebab jenayah dadah.

Saya tahu ibu saya ada 3 polisi insurans hayat dan mempunyai banyak tanah di pedalaman utara yang bernilai lebih 10 juta baht (RM1,355,838).”
Nenek Kachana turut membongkarkan bahawa kejadian itu bukanlah kali pertama dia cuba membunuh ibunya. Pada Januari lepas, dia cuba tembak ibunya tetapi gagal. Kachana dan 2 gangster tu kini dalam tahanan pihak polis dan menurut mereka, siasatan masih dijalankan kerana polis mengesyaki teman lelakinya yang paksa dia buat macam tu.
