in

“Aku nak balik ke alam aku”– [Video] Lelaki Tanam Diri Sendiri Selepas Dakwa Dengar ‘Bisikan’

Ft Tanah Final

Tular baru-baru ini di media sosial kejadian seorang pemuda yang telah menanam dirinya sendiri hidup-hidup di sebuah tanah perkuburan di Kota Tegal, Jawa Tengah pada 30 Disember 2020 lalu.

Pemuda itu yang dikenali sebagai Wawan Febriyanto, 23, itu dilihat telah tertanam di dalam sebuah lubang kecil yang dibuatnya di antara dua buah kubur yang lain. Dia berada di dalam lubang itu dalam keadaan posisi yang berdiri dan hanya terlihat kepala dan tangannya sahaja manakala keseluruhan badan serta wajahnya tertanam di dalam tanah.

Seorang anggota Tentera Nasional Indonesia (TNI) pula dilihat sedang mencangkung bersebelahan pemuda itu bertujuan untuk memujuknya supaya keluar dari situ.

Tanah 1

Usaha anggota tentera itu berjaya apabila lelaki itu akhirnya memberi kerjasama ketika ditarik keluar dari lubang tersebut sambil dibantu oleh orang awam yang menyaksikannya.

 

Mengaku sudah meninggal dunia

Ketika ditanya mengenai tujuan perbuatan anehnya itu, pemuda itu mengatakan bahawa dia sering terdengar bisikan dan mengaku bahawa dia sebenarnya telah pun meninggal dunia dan ingin kembali semula ke alamnya (alam roh).

Aku mahu pulang ke alam aku.

Tanah Lelaki

Memetik portal Serambinews, terdapat seorang saksi yang menyaksikan perbuatan pemuda tersebut dari awal sebelum dia menanam dirinya sendiri. Katanya, Wawan datang dari arah selatan dan berjalan menuju ke Pasar Bandung Kimpling Lama yang bersebelahan dengan tanah perkuburan itu.

Bukan itu sahaja, dia juga dilihat turut membawa tasbih dengan tangan yang diangkat lurus ke depan.

Secara tiba-tiba, pemuda itu terlanggar pula sebuah meja di pasar itu sebelum sebuah alat penimbang berat jatuh ke atasnya dan dia kemudiannya tidak sedarkan diri.

Dia sedar kemudian berjalan ke tanah perkuburan dan mula menggali tanah. 

 

Disyaki ada gangguan jiwa 

Menurut pihak berwajib daerah tersebut yang dikenali sebagai Sertu Dasim, pemuda itu disyaki mengalami gangguan mental. Dia yang merupakan salah seorang petugas yang terawal sampai selepas menerima laporan daripada penduduk sekitar telah cuba untuk berkomunikasi dengan Wawan.

Saya dekati dia untuk diajak berkomunikasi. Saya beri salam dijawab. Saya tanya namanya juga dijawab.

Menurut Darsim, pemuda itu telah menggali tanah dengan menggunakan tangan kerana tidak berjaya menemui apa-apa peralatan lain di tanah perkuburan itu. Pemuda itu telah pun dihantar pulang ke rumah ibu bapanya sejurus berjaya diselamatkan.

Menurut ibunya, Nur, 49, anak keduanya itu mengalami gangguan saraf. Kondisi itu telah berlaku sejak 3 bulan yang lalu iaitu pada Oktober 2020. Sebelum ini, dia tidak mengalami sebarang masalah dan kesihatannya masih normal dan sihat. Tambahnya, anaknya itu telah berkerja di bidang pelayaran sejak lebih dari dua tahun.

 

Suka terkumat-kamit dan mengamuk

Tambah ibunya lagi, pemuda itu masih belum masuk kategori gila disebabkan anaknya itu masih faham sekiranya diajak berbual. Walau bagaimanapun, tingkah lakunya kadang-kadang sukar dijangka apabila dia suka ‘terkumat-kamit’ dan mengamuk. Keadaan ‘terkumat-kamit’ yang dialaminya itu pula sama seperti orang yang dirasuk jin.

Menurut wanita itu lagi, setelah mengamuk, anaknya itu akan selalu meminta maaf dan menyatakan bahawa dia ingin membahagiakan ibu bapanya.

Dia anak yang baik. Sejak bapanya meninggal dunia, dia selalu cakap nak bahagiakan ibu. 

https://www.instagram.com/tv/CJgPoTajPXl/?utm_source=ig_web_copy_link

Baca: Konon Terdengar Bisikan Ghaib, Suami ‘Hentak’ Kepala Isteri Dengan Lesung Batu Sampai Ajal

Baca Tanah

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram