Semalam, seharian media sosial kecoh memperkatakan pergolakan rumah tangga chef piza dan pempengaruh terkenal, Jofliam dan Cik Epal.
Menerusi beberapa posting di IG story, Jofliam ada mendedahkan sedikit sebanyak tentang apa yang berlaku dan isu mengenai kenapa dia tidak membawa Cik Epal bersamanya ke Milan untuk pertandingan Top 100 Pizza.
Artikel berkaitan: “Saya masih tidak tahu status perkahwinan saya” – Jofliam
Artikel berkaitan: “Dari hobi, kini sah certified Chef” – Jofliam Dapat Top 4 Dalam Pertandingan Piza Di Itali
“Aku sebenarnya tak suka nak reveal hal rumah tangga…”
Susulan itu, Cik Epal yang sebelum ini mendiamkan diri telah tampil memberi kenyataan berhubung isu rumah tangganya yang sedang hangat diperkatakan di posting Instagram.
Menurut Cik Epal, dia masih lagi menghormati Jofliam sebagai ayah yang sangat baik terhadap anak-anak mereka, Han dan Yuki.
Namun pada masa yang sama, dia tidak suka mendedahkan mengenai hal rumah tangganya kepada umum dan tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.
View this post on Instagram
Aku masih hormat dia sebagai ayah yang sangat baik dan bertanggungjawab kepada Han & Yuki.
“Aku sebenarnya tak suka nak reveal hal rumah tangga dekat media sosial. Biar aku dengan dia saja tahu hal sebenar sebab masih belum ada keputusan.
“Aku tak nak keruhkan keadaan. Aku percaya setiap apa yang berlaku pasti akan ada jalan yang terbaik. Korang doakan aku dapat handle situasi ni dengan tenang dan matang,” tulisnya.
Posting berkenaan menerima pelbagai komen daripada netizen yang memberi sokongan buat Cik Epal dan berdoa semoga pempengaruh ini kuat dalam menghadapi dugaan ini.
Doakan yang baik-baik buat Cik Epal dan Jofliam ya.
Sumber: Instagram