in

“Aku kena contohi dia” – Shuk Sahar Takut Kembali Macam Dulu, Contohi Perubahan Alif Aziz

shuk sahar contohi aliff aziz

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pelawak Shuk Sahar yang pernah berkali-kali terpalit dalam kontroversi curang mengakui terkesan dengan isu tangkap khalwat antara Aliff Aziz dan Ruhainies yang kecoh baru-baru ini.

Menerusi sedutan podcast OKLETSGO.SG di TikTok, bekas penyampai radio ini mengatakan dia menjadikan Aliff sebagai contoh kerana begitu kagum dengan perubahan yang ditunjukkan oleh penyanyi terbabit.


Artikel berkaitan: “Kenapa ambil? Dia bermasalah” – Lelaki Jawab Kenapa Jemput Shuk Sahar Dalam Podcast

“Sebenarnya kes Aliff ini dengan aku dia lebih kurang ‘timing’. Bila Aliff dapat tunjuk yang sisi dia ‘patah’ balik dan dekat GV (Gegar Vaganza) dia jadi imam.

“Jadi masa itu dia salah seorang yang pengaruh aku untuk ‘aku kena contohi dia’,” katanya.

@okletsgo.sg

Isu Tangkap Khalwat. #okletsgo #okletsgosg #fyp #fypsg #fypmy #podcast #radio #viralmalaysia?? #gempakviral #berita #fypシ #shuksahar #dynnorahim #dzarismail #rajarazie #suriafm #erafm #hotfm #kool101 #aliffaziz #ruhainies #bellaastillah

♬ original sound – OKLETSGO – OKLETSGO

Dalam pada itu, Shuk memberitahu pernah mengalami situasi yang lebih kurang sama dengan Aliff namun mengakui dia terselamat ketika itu.

“Sebenarnya aku tidak pernah ditangkap. Berjaya terlepas. Maksudnya aku tak pernah ditangkap, berjaya turun balkoni.

“Kes Aliff Aziz, apa yang berbeza kali ini, dia tenang. Ruhainies tenang. Esoknya Ruhainies boleh post dia pegang bunga,” katanya.

Berkongsi sedikit tentang kisah silamnya dengan isu yang kecoh baru-baru ini, dia juga bimbang dan takut dirinya akan kembali seperti masa lalu di saat sedang memperbaiki diri ke arah kebaikan.

“Macam mana kalau tiba-tiba pulak jadi macam ni? Serius aku takut,” akuinya.

Sekadar info, bekas isteri Shuk iaitu Rossa Sera memfailkan penceraian selepas pelawak itu didapati berlaku curang terhadapnya dan mereka sah bercerai pada 22 Mac tahun lalu.

Shuk kini sudah pun mendirikan rumah tangga bersama Fara Salleh, iaitu wanita yang pernah terkait dengannya susulan kes curang.

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.