in

“Aku je ke yang tak puas hati dengan cara dia” – [VIDEO] Isteri Diserang Kucing Hutan, Tapi Tindakan Suaminya Dipertikai

Fi Kucing

Min nak tanya, pernah tak korang kena serang dengan anjing atau apa-apa haiwan liar dekat luar rumah korang? Kalau pernah tu mesti trauma sampai sekarang kan?

Macam kisah yang berlaku di Amerika Syarikat ini, apabila seorang wanita diserang oleh seekor kucing hutan di luar rumahnya.

 

“Ini kucing hutan!”

Siapa sangka hari yang indah dan damai boleh bertukar tragedi dalam sekelip mata.

Pengalaman ngeri dilalui oleh seorang wanita ini di luar rumahnya sendiri, apabila dia diserang oleh seekor kucing hutan.

Perkara ini bermula apabila dilihat suaminya menegur orang yang sedang lalu di depan rumahnya, dan hendak memasuki ke keretanya.

Namun dalam sekelip mata, dapat dilihat yang isterinya telah diserang oleh seekor haiwan. Panik dengan situasi tersebut, suaminya terus bergegas menarik kucing tersebut.

Kemudian, dilihat suaminya mencampak binatang tersebut ke tanah. Walau bagaimanapun, kucing itu terus bangun dan berlari ke arah kereta tersebut semula.

Perkara ini telah viral di media sosial dan telah dimuat naik video CCTV berdurasi 46 saat tentang kejadian itu di akaun Twitter @Sada.

Posting tersebut telah dimuat naik pada 16 April yang lalu dan sehingga kini ia telah memperoleh lebih dari 12 juta tontonan.

Fi Kucing 2

Kalau nak tengok video, boleh tekan di sini.

 

“Tak selesa dengan cara dia buat dekat binatang tu”

Walau bagaimanapun, tindakan lelaki tersebut menangani kejadian itu kerana dianggap sebagai kelakuan yang biadap terhadap binatang.

Reak Kucing 1 Edit

Reak Kucing 2 Edit

Reak Kucing 3 Edit

Apa-apa pun kita jangan kecam, mungkin sebab dia cemas tu pasal dia bertindak sampai macamtu.

Sumber : Twitter 

 

Baca : “Taktik baru ni”- Kucing Kantoi Cuba Seludup Dadah Ke Penjara

Foot Kucing

Sumber: Twitter