Nama jurusolek selebriti terkenal (MUA), Syedewa baru-baru ini menjadi bualan netizen susulan menjadi jurusolek kepada isteri pempengaruh Jofliam.
Terdahulu, perkongsian tentang perkahwinan Jofliam bersama wanita pilihan hatinya, Emira Delyati Dewi mendapat pelbagai reaksi netizen sehingga jurusolek kepada Dewi turut terpalit sama apabila ada yang mahu memboikot Syedewa.
Lantaran itu, Syedewa atau nama sebenarnya Syed Mohamad Fahmi Syed Shabthar tampil bersuara mengenai hal tersebut.
Artikel berkaitan: Jofliam Sah Bergelar Suami Kepada Emira Delyati Dewi
Artikel berkaitan: Dikecam Lantang Bagi Ucapan Sinis Buat Bekas Suami, Netizen Tampil ‘Back Up’ Cik Epal
Syedewa menerusi satu hantaran di Instagram Story berkata, ada netizen yang memintanya untuk tidak memuat naik gambar pengantin perempuan itu kerana jika dia berbuat demikian, dia didakwa telah menyokong tindakan pihak berkenaan.
Bagaimanapun, Syedewa menjelaskan dia tidak mengambil tahu urusan peribadi klien, selain hanya mengikuti kandungan berkaitan pekerjaannya di media sosial.
“First time selama 15 tahun aku jadi makeup artist ada orang DM aku jangan post makeup yang aku buat sebab kalau aku post maksudnya aku support mana-mana pihak.
“Dalam hal ini, aku tahu la sikit-sikit tapi tak ada ambil port sangat. Tak semua yang lalu FYP korang lalu FYP aku.”
Katanya lagi, dia mengambil jalan tengah dengan menghormati mereka yang sensitif dengan isu ini dan juga hanya ingin menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang jurusolek.
Dalam pada itu, Syedewa turut berkongsi foto Dewi di Instagram Story buat tatapan pengikutnya di media sosial.
Dia pun hanya jalankan tanggungjawab sahaja untuk kliennya. Tak usahlah perbesarkan isu yang tak sepatutnya.
Sumber: Instagram