in

“Aku derhaka ke?” – Lelaki Terkilan Lepas Dapat Tahu Ibu Jadi Pelacur Untuk Tanggung Keluarga

COVER

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap orang mempunyai kisah mereka yang tersendiri. Seseorang individu yang kita lihat pada hari ini adalah hasil daripada apa yang dilaluinya suatu ketika dahulu.

Ditinggalkan bapa


Baru-baru ini, akaun TwtWedding ada berkongsikan sebuah perkongsian seorang lelaki yang tidak didedahkan identitinya. Menerusi ciapan itu, lelaki tersebut meluahkan rasa kecewanya selepas mendapat tahu ibunya mempunyai kisah hitam.

Perkongsian lelaki ini dimulakan dengan kisah semasa kecil tentang bapanya yang sering mendera ibunya di hadapan dia dan adik-beradik yang lain. Sehingga suatu ketika, bapa lelaki ini menceraikan ibunya dan tidak pernah memberi bantuan kewangan kepada mereka sekeluarga.

Demi menyara mereka sekeluarga, ibu lelaki ini terpaksa melakukan tiga kerja yang berbeza untuk mendapatkan wang. Tidak cukup dengan itu, ibunya juga perlu membahagikan masa untuk memasak dan menjaga mereka sekeluarga.

Hidup senang

Sambung lelaki ini, mereka sekeluarga hidup dalam keadaan yang selesa dan dia berjaya masuk ke universiti untuk melanjutkan pelaharan. Dua orang adik perempuannya pula masih bersekolah.

Daripada segi kewangan dan emosi, ibunya berjaya memberikan yang terbaik buat mereka sekeluarga. Malah sambung lelaki ini, ibunya tidak pernah meninggikan suara mahupun memukul anak-anaknya.

asian family motherhood concept happy smiling young asian mother with little baby home 35721 612
Gambar Hiasan

Rasa pelik mana ibu dapat duit

Bagaimanapun, lelaki ini mula berasa pelik bagaimana ibunya mampu untuk menyara mereka sekeluarga dengan pekerjaan yang dilakukan. Menurut ibunya, dia bekerja di restoran dan turut melakukan pekerjaan lain.

Namun akhirnya dia mendapat tahu bahawa ibunya bekerja sebagai seorang pelacur untuk mendapatkan wang buat mereka sekeluarga.

“Dia sara kami sekeluarga guna wang kotor”

pelacur
Gambar Hiasan

Rasa marah dan maki ibu

Sejurus mendapat tahu tentang hal ini, lelaki ini terus memarahi ibunya sambil menjerit. Ibunya menangis dan memohon maaf namun tidak diendahkan oleh lelaki ini.

“I mencarut dan menjerit dekat dia, semasa dia meminta maaf dan menangis”, luah lelaki ini.

Di akhir perkongsian, lelaki ini sedar dengan pengorbanan yang dilakukan oleh ibunya, namun dia masih kecewa dengan apa yang berlaku. Dia turut bertanyakan kepada orang ramai adakah dia berlaku derhaka kepada ibunya.

“I derhaka ke?”, tulis lelaki ini.

360 F 537418086 MTgoB4ltgUPBVvWnSNUd5UWzMtlK3PZh
Gambar Hiasan

Reaksi warganet

Perkongsian ini ternyata mendapat perhatian warganet di media sosial. Rata-ratanya kurang senang dengan tindakan lelaki ini yang memarahi ibunya yang berusaha keras untuk menyara mereka sekeluarga.

Sesetengah warganet pula berpendapat lelaki ini patut membantu ibunya keluar daripada pekerjaan tersebut dan turut menghulurkan wang untuk membantu mereka sekeluarga.

“Kalau rasa jijik, help your mom get out of the situation by showing her better job opportunities or you fund yourself and your siblings, you jaga dia to make her stop. ingat dia happy ke jadi prostitute?”, komen seorang individu.

Apa pendapat anda tentang isu ini?

Kredit: TwtWedding

BACA: Isteri kena tiru cara pelacur” – Muat Naik Komen ‘Panas’, Lelaki Dikecam Kerana Rendahkan Martabat Wanita

Capture

Sumber: Freepik
Sumber: Sabah News
Sumber: Adobe Stock

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.