in

“Aku dah sampai limit ni” – Shila Amzah Jawab Dakwaan Adik, Konon Jual Rumah Untuk Duit

Shila Amzah Sedih Dibenci Adik Sendiri

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tidak tahan dengan dakwaan yang dilemparkan oleh adik kandungnya sendiri yang mengatakan punca Shila Amzah mahu menjual rumah mereka sekeluarga kerana mahukan duit, penyanyi tersebut tampil menjelaskan keadaan.

Menerusi IG Live semalam, Shila atau nama penuhnya, Nurshahila Amir Amzah telah menjawab satu persatu tohmahan yang telah dilemparkan oleh adik beradiknya dengan penuh kekecewaan.


Artikel berkaitan: “Kau beduk kakak kau, adik kau” – Bekas Adik Ipar Tampil Pertahankan Shila Amzah

Artikel berkaitan: “Tak perlu heboh” – Dedah Rumah Nak Kena Jual, Shila Amzah Tegur Adik

Shila sedih dibenci adik sendiri 

Menurut Shila, dia tidak menyangka, setelah banyak berkorban untuk keluarga, dia akhirnya ‘dicop’ sebagai seorang kakak sulung yang tidak bertanggungjawab, lapor Utusan Online.

Saya dapat banyak mesej daripada Amir yang asyik salahkan Shila. Orang macam ini dia tidak sedar, selalu tuding jari dekat orang lain.

“Padahal tangan ini yang gosok baju sekolah mereka, tangan ini yang basuh, kapur kasut sekolah.

“Saya dah terlalu penat nak hadap ni semua, tapi sebab mereka dedahkan saya dah tak boleh diam,” katanya.

@arifeddy

Semoga Shila Amzah diberi kekuatan menghadapi dugaan sekarang. Ubai ada for you Sha! #ShilaAmzah #SyadaAmzah #Ubai #JualRumah

♬ original sound – Arif Eddy – Arif Eddy

Tambahnya lagi, keputusan untuk menjual rumah yang didiami ibu dan adik beradiknya itu telah dipersetujui ibu, Fauziah Sarman.

Saya jumpa ibu hujung minggu lepas. Saya cakap realtor akan datang. Ibu setuju untuk saya jual rumah.

“Ibu saya minta rumah teres dan fikirkan adik-adik iaitu Amir Syafiq dan Syada. Saya yang berhak untuk pilih rumah mana yang sepatutnya,” katanya lagi.

“Kau ingat aku takut ke kau nak sepak muka aku lagi?” 

Dalam pada itu, dalam satu hantaran lain di IG Story, Shila menafikan dakwaan yang dibuat adiknya, Amir Syafiq yang mendakwa dia mementingkan wang dari keluarga.

Malah lebih mengejutkan, Shila mendakwa dia juga pernah dipukul di muka oleh adiknya itu.

Amir Syafiq

Kau guna nama kakak kau untuk perhatian dan nak terangkan kebenaran yang kau cipta sendiri untuk menambah rasa sedap pada kisah dongeng yang kau buat sendiri?

Kenapa takut? Kenapa mute kalau kau betul. Aku dah sampai limit ni, aku ada semua receipt, jangan ingat aku diam, aku ni b*ngang. 

“Kau ingat aku takut ke kau nak sepak muka aku lagi?” tulisnya.

Terdahulu, Shila ada menafikan bahawa dia menghalau ahli keluarganya dari kediaman yang dikatakan miliknya.

Shila juga menjelaskan bahawa tujuan dia mahu menjual rumah itu adalah kerana ingin menyediakan sebuah rumah yang lebih selesa buat keluarganya.

Sumber: Utusan Online, TikTok, Instagram

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.