in

“Aku dah penat…” – Kronologi Bapa Bunuh Seluruh Keluarga Sebelum Tembak Diri Sendiri

Bunuh Family

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa sangka bapa yang dikenali sebagai seorang yang bertanggungjawab dan sangat menyayangi keluarganya tiba-tiba bertindak membunuh mereka termasuk dirinya sendiri.


Family Murdered
sumber: indopos

Kini hangat diperkatakan kes pembunuhan yang berlaku di daerah Kalidoni, Palembang, Sumatera Selatan membabitkan sebuah keluarga.

Menurut Jakarta Post, ahli perniagaan Fransiskus Xaverius Ong, 45, telah membunuh keluarganya dan anjing peliharaan mereka sebelum membunuh diri di kediaman mereka. Bukan itu sahaja, Fransiskus juga turut tinggalkan dua keping nota yang memberitahu dirinya sudah penat namun tetap menyayangi isteri dan anak-anak.

Nota Sebelum Mati
sumber: jakarta post

 

Berikut adalah mangsa tragedi tersebut: 

  • Margereth Yentin Liana, 43 tahun (Isteri)
  • Rafael Fransiskus, 18 tahun (Anak)
  • Kathlyn Fransiskus, 11 tahun (Anak)
  • Choky dan Snowy (Anjing peliharaan)

Dalam kejadian yang berlaku pada awal pagi Rabu lalu, difahamkan beberapa saksi beritahu yang Fransiskus ada beri petunjuk tentang rancangan dia malam sebelum kejadian tu berlaku.

Malah, pembantu rumahnya, Dewi juga berkata pada malam Selasa kira-kira jam 8, Fransiskus dilihat minum kopi sambil bermain piano. Dia kata majikannya tu memang akan bermain piano kalau sedang ada masalah.

 

Ini adalah kronologi kes pembunuhan yang berlaku:

  • Fransiskus dilihat sedang bermain piano dan meminum kopi pada jam 8 malam, Selasa.
  • Panggil setiap pekerja yang bekerja di syarikatnya termasuklah pembantu rumah dan memberikan mereka sejumlah wang.
  • Kira-kira jam 3 pagi, Fransiskus hantar mesej dekat grup Whatsapp sekolah dan mohon maaf serta minta rakan-rakan untuk ingat perbuatan baik dia selama ini.
Group Whatsapp
sumber: jakarta post
  • Fransiskus menembak mati isterinya, Margaret. Dia kemudian dipercayai keluar daripada bilik untuk merokok dan minum kopi kerana ada puntung rokok yang mempunyai kesan darah dijumpai di luar bilik.

Kita (polis) menemui puntung rokok dengan sebahagiannya diliputi darah, serta kesan kopi di luar bilik tidur. Kita andaikan dia merokok rokok dan memikirkan tindakannya sebelum meneruskan pembunuhan anaknya.”

  • Habis merokok, Fransiskus terus ke bilik Rafael dan menembak anak lelakinya itu di bahagian kepala ketika sedang tidur.
  • Kathlyn pula dibunuh dengan cara ditembak dari jarak dekat.
Mati Dibunuh
sumber: tribun

“Sarah melihat darah di atas bantal apabila dia cuba kejutkan Kathlyn. Pada mulanya, dia fikir ia adalah darah dari hidung, tetapi kemudian dia melihat darah itu dari kepala Kathlyn,” kata pembantu rumah.

  • Fransiskus turun ke tingkat bawah rumah dan membunuh dua anijngnya dengan melemaskan di tab mandi.
  • Habis membunuh kesemuanya, dia masuk ke bilik dan kunci pintu sebelum tembak dirinya sendiri. Fransiskus dikatakan menggunakan pistol jenis Revolver.

Menurut Ketua Polis Sumatera Selatan, Inspektor Jeneral Zulkarnain Adinegara, mengikut hasil bedah siasat dan siasatan saintifik, Fransiskus dikatakan telah merancang pembunuhan tu dengan teliti dan berhati-hati.

Kediaman
sumber: tribunbali

Juga difahamkan, kesemua pembantu rumah dia langsung tak dengar bunyi tembakan pada malam itu. Pihak polis masih belum temui motif yang jelas di sebalik pembunuhan itu tapi polis tak tolak andaian bahawa ia mungkin berlaku disebabkan pergaduhan Fransiskus dan Margaret yang menuntut cerai dek kerana mengesyaki suaminya ada hubungan sulit.

Fransiskus Isteri
sumber: tribun

Satu-satunya petunjuk lain yang ada adalah nota bunuh diri yang ditinggalkan oleh Ong. Kes masih dalam siasatan pihak polis.

Moga siasatan dapat diselesaikan dengan cepat!

Baca: Jenayah: Pembunuhan Ngeri 4 Beranak Oleh Keluarga Sendiri di Gemencheh Tahun 2010

Gemencheh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.