Umum mengetahui tentang konflik melibatkan Pejuang Palestin dan Israel di Timur Tengah yang telah berlangsung lebih 70 tahun.
Sehingga kini, ribuan nyawa telah terkorban dek kerana perang yang masih belum berkesudahan itu. Tampil memberikan solidariti kepada rakyat Palestin, seorang aktivis muda dari Sweden, Greta Thunberg mengumumkan sokongan kepada Palestin secara terbuka di media sosialnya @gretathunberg.
Artikel berkaitan: Ini 22 Negara Yang Nyatakan Sokongan Penuh Pada Palestin
Artikel berkaitan: Peserta Himpunan Solidarity Palestine Di Dataran Merdeka Yang Bawa Sepanduk Kutuk Netanyahu Digelar Zionis?
Dalam hantaran di Instagram itu, Thunberg secara terbuka memberi sokongan kepada Palestin dengan berkata;
“Hari ini kita melancarkan solidariti dengan Palestin dan Gaza. Dunia perlu bersuara dan menyeru agar gencatan senjata segera, keadilan dan kebebasan untuk rakyat Palestin dan semua orang awam yang terjejas.”
Mengambil kesempatan dengan jumlah pengikut 14.7 juta itu, Thunberg juga menyenaraikan beberapa akaun untuk diikuti untuk memberikan solidariti kepada penduduk Palestin.
Terdahulu, Thunberg telah memuat naik satu hantaran di akaun yang sama namun telah dipadam kerana telah menimbulkan salah faham berkaitan antisemetisme terhadap konflik yang berlaku di Timur Tengah itu.