Macam yang kita semua tahu, kanak-kanak ni tingkah lakunya boleh jadi sangat rawak. Ada kalanya tindakan mereka boleh jadi sangat berbahaya dan mengundang padah kepada mereka.
Namun mereka bukan selalunya faham apa ertinya bahaya, jadi kebanyakkan masanya kanak-kanak memerlukan pengawasan dari orang dewasa, lebih-lebih lagi ketika bermain. Kalau kita leka sikit pun, macam-macam benda boleh jadi!
Baru-baru ini, tular satu klip di laman Facebook melihatkan seorang kanak-kanak perempuan yang ‘selesa’ duduk di bahagian bawah sebuah lori treler yang sedang berhenti di lampu isyarat.
Kejadian dikatakan berlaku di sekitar Bandar Sri Perdana, Sabah di mana klip tersebut boleh dilihat menerusi oleh akaun Info Road Block di Facebook. Dalam keadaan di tengah jalan raya itu, banyak kebarangkalian risiko yang boleh menimpa kanak-kanak tersebut.
Walau bagaimanapun, budak itu sudah tentunya tidak faham akan risiko tersebut dan tidak berganjak dari bahagian bawah lori itu sambil menghayunkan kedua-dua kakinya. Dalam keadaan yang berbahaya seperti itu, ibu bapa budak perempuan itu langsung tidak kelihatan.
“Rakam je buat apa?” – Netizen
Rata-rata netizen yang melihat post tersebut sudah tentulah seriau melihat tindakan kanak-kanak itu. Namun, ramai juga yang bengang terhadap tindakan individu yang merakam video ini kerana tidak membantu kanak-kanak itu, sebaliknya mengeluarkan telefon bimbit dan sekadar merakam.
Dalam keadaan begitu, orang ramai yang berada di sekitar, tidak kiralah dalam kereta sekalipun seharusnya melakukan perkara yang betul dan mengalihkan kanak-kanak perempuan itu dari situ.
Haih, lain kali beringat ya semua. Kadang-kadang ada baiknya jika kita bertindak dahulu, rakam tu kemudian pun boleh.
Baca: Wanita Ditahan Lepas Video 3 Kanak-kanak Duduk Atas Tingkap Ketika Kereta Bergerak Laju Tular