in

AKPS Halang 21 Warga Asing Dari Masuk Malaysia Atas Pelbagai Kesalahan

2akps

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebanyak 21 warga asing ditolak kemasukan ke Malaysia manakala seorang lagi ditahan selepas Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2 menggagalkan cubaan masuk dan keluar negara secara tidak sah. Cubaan itu dikesan melalui tiga modus operandi berbeza hasil pemantauan rutin Pasukan Pemantau AKPS semalam.

Kes pertama melibatkan enam warga Kemboja termasuk seorang pembawa, yang mendakwa datang untuk mendapatkan suaka politik namun gagal mengemukakan dokumen sokongan yang diperlukan.


Kes kedua membabitkan tiga warga Indonesia yang menyalahgunakan kemudahan visa kemasukan tunggal selama 90 hari tanpa bukti penginapan, tiket pulang, atau alasan kukuh, dan disyaki berniat bekerja secara tidak sah.

Screenshot 2025 08 09 at 10.08.42 AM

Dalam kes ketiga, seorang warga China ditahan selepas didapati menggunakan pasport dengan endorsmen mencurigakan bagi tempoh Disember 2024 hingga Ogos 2025. Siasatan awal mendapati individu tersebut memperoleh cap keluar-masuk secara tidak sah menggunakan kaedah “flying” dan menyalahgunakan dokumen perjalanan. Dia kini ditahan untuk siasatan lanjut di bawah kesalahan pemalsuan dokumen dan cubaan keluar tanpa prosedur sah.

Selain itu, tujuh warga India dan lima warga Pakistan turut digagalkan kemasukan selepas cuba melepasi kaunter imigresen tanpa pemeriksaan sah. Mereka dipercayai menyusup bersama penumpang lain bagi mengelak pengesanan pihak berkuasa.

Menurut AKPS, semua warga asing terbabit dikenakan Notis Penolakan Masuk (NPM) dan dihantar pulang melalui penerbangan terawal. Agensi itu menegaskan komitmen untuk mengekalkan integriti kawalan sempadan negara dan akan terus mengambil tindakan tegas terhadap sebarang cubaan masuk atau keluar secara tidak sah.

Sumber: Astro Awani

Baca: “Lebih masyuk daripada warga tempatan” – Individu Pertikai Warga Asing Selamba Berniaga Di Kawasan Parkir Motor

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.