in

Akibat Tekanan, Ibu Bapa Zayn Rayyan Jalani Rawatan Psikologi

Ft Ibu Bapa Zayn Rayyan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ibu bapa kepada kanak-kanak autisme yang dibunuh di Damansara Damai, Zayn Rayyan Abdul Matiin kini difahamkan sedang menjalani rawatan psikologi. Perkara itu disahkan oleh peguam Mahmud Jumaat yang mewakili ibu kepada kanak-kanak itu.


Katanya, ia akibat tekanan perasaan yang mereka alami selepas tragedi yang menimpa anak sulung pasangan itu sejak enam lalu.

Artikel berkaitan : Ibu Bapa Zayn Rayyan Mengaku Tak Bersalah, Dituduh Abai Anak

Artikel berkaitan : Peguam Sahkan Ibu Bapa Zayn Rayyan Akan Didakwa Di Mahkamah Pagi Ini

“Saya percaya depresi ini sudah berlaku sebelum (ditahan reman) lagi. Mana-mana keluarga apabila kehilangan orang tersayang sudah tentu akan mengalami depresi.”

“Saya percaya juga dari awal kes sudah dapatkan rawatan terutama ibu bapa kepada Zayn Rayyan. Apatah lagi mempunyai anak autisme seorang lagi iaitu Mateen.”

Turut sama dalam sidang media di pekarangan Kompleks Mahkamah Petaling Jaya hari ini adalah peguam mewakili bapa Zayn Rayyan, Fahmi Abd Moin.

Sebelum ini, ibu bapa  Zayn Rayyan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini, atas satu pertuduhan mengabaikan kanak-kanak autisme berusia enam tahun itu, Disember tahun lalu.

Zaim Ikhwan yang memakai baju-T berwarna hitam dan Ismanira berbaju merah membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Dr Syahliza Warnoh.

Ketika ditanya mengenai keadaan anak guamnya, Mahmud berkata kedua-dua mereka gembira sebaik prosiding hari ini berakhir.

“Alhamdulillah, mereka gembira dan puas hati dengan siasatan PDRM. Harapan mereka sama seperti orang ramai mahukan iaitu keadilan buat Zayn Rayyan,” katanya.

Kata beliau, pasangan suami isteri ini ditetapkan oleh pihak mahkamah untuk membayar wang jamin RM10,000 setiap seorang sebelum dibebaskan.

Mahkamah menetapkan 26 Julai ini sebagai tarikh sebutan semula kes dan penyerahan dokumen. Dalam pada itu, datuk kepada Zayn Rayyan yang ditahan baru-baru ini kongsikan bahawa dia dilayan dengan baik.

Sumber : Berita Harian, Astro Awani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.