Seorang abang sepatutnya memikul tanggungjawab menjaga keselamatan adik-adiknya dan ahli keluarganya yang lain.
Lain pula cerita yang terjadi di Jambi, Indonesia ini, seorang abang telah membunuh adiknya sendiri hanya kerana adiknya itu berstatus janda.
Dalam laporan Tribunnews, suspek dipercayai berusia 58 tahun dan mangsa pula berusia 40 tahun, mangsa tidak pulang ke rumah selama beberapa hari dan akhirnya mayatnya dijumpai di dalam semak-samun.
Mayat mangsa ditemui oleh penduduk tempatan
Seorang saksi kes tersebut yang dikenali sebagai Purwanti berkata mangsa ada memberitahunya pada 3 Februari lalu bahawa dia mahu tidur dekat rumah saudaranya di Dusun Siskaper, Kecamatan Jujuhan, Bungo dan selepas itu dia tidak memberikan apa-apa khabar berita.
Dalam laporan yang sama, Ketua Polis Bungo Guntur Saputro memberitahu hasil siasatan dijalankan mendapati mangsa dibunuh dengan senjata tajam.
“Motif pembunuhan adalah kemarahan suspek terhadap adiknya
Mangsa dianggap menjadi aib bagi keluarga kerana berstatus janda, sering keluar dan tidak pulang ke rumah.
“Suspek menganggap mangsa pergi dengan lelaki tiada ikatan sah dan menyifatkan perbuatan itu memalukan keluarga,” katanya.