in

Aki Nabalu: Penjaga Gunung Kinabalu Yang Masih ‘Hidup’ Hingga Kini

Page Gk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Gunung Kinabalu merupakan lambang kemegahan setiap penduduk yang tinggal di Sabah. Mereka juga percaya yang gunung tersebut adalah simbol semangat juang dan perpaduan masyarakat Sabah.

Puncak tertinggi di Asia Tenggara ini menyimpan seribu satu kisah yang dipercayai oleh masyarakat Kadazan sejak zaman berzaman termasuklah tentang Aki Nabalu, penjaga Gunung Kinabalu yang masih ‘hidup’ hingga kini.


 

1. Gunung Kinabalu merupakan tempat bersemadinya roh

Gunung Kinabalu
sumber: blog

Kaum Kadazandusun yang menetap di sekitar wilayah Kundasang dan Ranau telah menyifatkan diri mereka sebagai penjaga dan pelindung Gunung Kinabalu sejak dulu kala lagi. Gunung Kinabalu dilihat sebagai tanah suci yang tidak boleh dicemari dan perlu dihormati.

Mengikut kepercayaan, gunung itu merupakan tempat bersemadinya semangat mereka selepas meninggal dunia dan mempercayai roh-roh nenek moyang mereka sedang berehat-rehat di Gunung Kinabalu dan sekitarnya.

 

2. Aki Nabalu, semangat gunung yang menjaga Gunung Kinabalu

Gk7
sumber: utusan borneo

Kinabalu adalah pecahan daripada perkataan ‘Aki Nabalu’ yang bermaksud:

  • Aki = nenek moyang
  • Nabalu = gunung

Suatu ketika dulu, Kinorohingan (ataupun dikenali sebagai Tuhan) mempunyai dua orang anak iaitu Taadakon dan Bulantoi. Dua beradik ni mempunyai sifat yang berbeza di mana Taadakon menjadi penjaga bumi manakala Bulantoi sering membuat manusia sakit dan memberikan kehidupan yang susah.

Oleh sebab itu, Kinorohingan mengarahkan Taadakon untuk tinggal dan menjaga Gunung Kinabalu serta mengetuai segala penghuni yang mendiami kawasan tersebut. Sehingga ke hari ini, penduduk Sabah memanggil Taadakon sebagai Aki Nabalu.

 

3. Aki Nabalu tunjukkan diri semasa pendudukan Jepun

Aki Nabalu adalah semangat yang hidup berbillion tahun lamanya. Ianya dah wujud sebelum kedatangan agama Islam atau Kristian di Sabah dan ada sebuah kisah yang menguatkan lagi kepercayaan yang Aki Nabalu memang betul-betul hidup di puncak gunung itu.

Gk1
sumber: pinterest

Semasa Jepun menawan Borneo pada tahun 1942, tentera Jepun telah cuba untuk meletupkan Gunung Kinabalu dengan dua biji bom, namun, bom tersebut tidak meletup. Oleh sebab itu, mereka cuba melontarkan bom yang ketiga di puncak gunung.

Dikatakan pada waktu itu, keluar satu rumah dan muncul seorang manusia yang bertelinga besar, menuding jari ke arah kapal tentera Jepun berkenaan. Melihat keadaan ini, tentera Jepun ketakutan dan percubaan mereka meletupkan Gunung Kinabalu gagal sama sekali.

 

4. Gempa bumi di Sabah ada kena mengena dengan roh Aki Nabalu

Pada 5 Jun 2015, Ranau, Sabah telah dikejutkan dengan gempa bumi sekuat 5.9 pada skala Richter yang merupakan gegaran paling teruk dirasai di Gunung Kinabalu sehinggakan laluan utama pendakian musnah akibat runtuhan batu-batu besar. Kejadian itu telah mengorbankan 18 nyawa termasuk empat malim gunung.

Gk2
sumber: blog

Dalam kalangan malim gunung, mereka percaya gempa bumi yang berlaku adalah kerana sumpahan si penunggu gunung atau Aki Nabalu. Mereka juga percaya sumpahan itu berlaku kerana tindakan biadab pelancong Eropah yang berbogel di puncak gunung pada 31 Mei 2015.

“Jangan cakap besar, jangan petik tumbuhan, jangan ambil batu gunung. Tetapi kalau sudah sampai berani berbogel, ini telah melanggar kesucian gunung, telah langgar pantang larang.”

Gk5
sumber: astro awani

 

5. Kejadian aneh selepas gempa bumi

Gempa bumi besar yang melanda pada tarikh tersebut susah nak dijelaskan. Tapi penduduk setempat percaya yang ianya terjadi kerana Aki Nabalu marah dengan perbuatan pelancong-pelancong tersebut. Gempa bumi itu terlalu teruk sehingga puncak Gunung Kinabalu runtuh dan berubah bentuk.

Gk3
sumber: mstar

Terdapat juga kejadian aneh yang berlaku setelah gempa bumi, katanya ada penampakan awan di kawasan bekas runtuhan tebing gunung tersebut yang mirip muka tokoh Kadazandusun pertama yang sampai di puncak Gunung Kinabalu iaitu Gunting Lagadan.

Gk4
sumber: blog

 

6. Upacara ritual dilakukan untuk tenteramkan Aki Nabalu

Susulan kejadian gempa bumi yang berlaku, Majlis Penasihat Gunung Kinabalu telah melakukan satu upacara ritual yang dipanggil Posogit untuk tenteramkan ‘penjaga’ Gunung Kinabalu dan memulihkan kesan kemudaratan berikutan pelanggaran adat yang telah dilakukan oleh pelancong tersebut.

Gk6
sumber: mstar

Upacara Posogit diketuai seorang Bobolian (dukun) yang melibatkan kerbau dikorbankan untuk upacara tersebut bagi dipersembahkan kepada penunggu Gunung Kinabalu. Bobolian juga akan menggunakan peralatan ‘lumai’ sebagai alat komunikasi untuk berhubung dengan penunggu Gunung Kinabalu.

Fw401394 Sb01 200615 Boboli
sumber: blog

Dalam upacara ini hanya bahagian hati, jantung, sedikit daging dan hujung hidung kerbau diambil manakala lebihan daging akan dimasak untuk dijadikan juadah dalam majlis ringkas. Bobolian akan menyerahkan bahagian organ haiwan kepada dua malim gunung berpengalaman dan membawa ke lokasi di atas gunung.

Mereka juga turut meredakan kemarahan semangat Gunung Kinabalu melalui bacaan mantera Obiyai Koi Noh Aki Nabalu dengan nada yang sedih berbunyi demikian:

Aki Nabalu… Aki Nabalu
Ulah noh aki… Sudahlah Aki (Aki=kakek)
Kada nodii kumaus…. jangan lagi merajuk
Kada nodii tumogod… jangan lagi marah
Obiyai koi noh mantad sokob katagadan nu
Ulah nodi… Ampunilah kami dari semua perasaan marahmu, cukuplah
Sontob kinantakan it minonosomu sinundu nu… dari semua kejadian yang telah mencemarkan semangat mu
Ginawo dagai miagal nogi ginawo nu ii naganitan… hati kami juga seperti hatimu yang disakiti
Nopoliyos ginawo dagai… Hati kami hancur
Kobolingkahangan it minongunsub ti riniba dagai… malapetaka yang telah menimpa dunia kami
Gisom poddi romou ot kahang-kahangan dagai… Hanya air mata yang kami dapat
Opusok om otongob opurimanan ya… kami merasa lemas dan resah
Obiyai koi noh oi Aki… Ampunilah kami Wahai Aki

Masing-masing pun mempunyai kepercayaan dan adat sendiri yang diamalkan sejak zaman berzaman. Adat dan kepercayaan mereka ini haruslah dihormati walaupun kita tidak berpegang kepada kepercayaan yang sama.

Asalkan adat yang diikuti tidak melanggar hukum agama.

Baca: Betul ke Suku Kaum Batak Dalam filem Dukun Wujud? Ini Apa Yang Kami Tahu

Page Batak 758X399 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.