in

“Akhirnya, lepas 42 tahun!” – Malaysia Menang Besar, Layak Ke Piala Asia 2023

Page Bola 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Malam tadi telah berlangsungnya perlawanan terakhir antara Malaysia dengan Bangladesh untuk kelayakan Kumpulan E bagi Piala Asia 2023 di Stadium Nasional, Bukit Jalil. Keputusan akhir berpihak kepada pasukan negara selepas berjaya meraih mata 4-1.

Hasil pungutan mata itu telah melayakkan skuad Harimau Malaya untuk ke perlawanan Piala Asia 2023 secara merit sekaligus menamatkan penantian selama 42 tahun!


Menurut Berita Harian, pasukan negara yang dikendalikan oleh Kim Pan Gon berjaya mendahului permainan apabila Safawi Rashid berjaya melakukan sepakan penalti pada minit-16 selepas Matthew Davies dijatuhkan oleh barisan pertahanan pihak lawan.

“Dikejutkan dengan serangan Bangladesh”

Walau bagaimanapun, Bangladesh dilihatkan berjaya melakukan serangan balas apabila menyamakan kedudukan hasil dari jaringan Mohammad Ibrahim pada minit ke-31 dan kemudiannya Malaysia sekali lagi mendahului perlawanan apabila Dion Cools meledakkan gol untuk mata kedua.

Tak ambil masa yang lama, selang dua minit selepas separuh masa kedua, Syafiq Ahmad menjaringkan gol ketiga dengan menanduk hantaran bola dari Faisal Halim dan meletakkan skuad Harimau Malaya di tempat yang selesa.

Bola 1

Jaringan terakhir pasukan Malaysia dibuat cantik oleh pemain gantian, Darren Lok apabila berjaya meledakkan gol dengan tenang hasil hantaran dari Akhyar Rashid pada minit ke-73.

Kemenangan manis buat skuad negara itu menamatkan saingan di tangga kedua bagi Kumpulan E dengan pungutan enam mata dan berjaya meletakkan pasukan Malaysia dalam kumpulan lima naib juara terbaik dari enam kumpulan yang bertanding.

Tahniah diucapkan untuk Harimau Malaya!

Baca: “Siap tanya handsome tak?” – Individu Dikecam Tak Sensitif Terhadap Mangsa Dirogol Pemain Bola Sepak

Untitled 1 10

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.