in

“Akaun pertama saya telah digodam oleh orang Malaysia” – Atlet Ukraine Mohon Maaf, Netizen Minta Hentikan ‘Cyberbully’ di IG

Ft Atlet Ukraine Mohon Maaf Ig Digodam Malaysian

Susulan insiden pingat emas dan rekod dunia atlet lontar peluru para negara kita, Muhammad Ziyad Zolkefli di Sukan Paralimpik Tokyo 2020 ditarik balik, ramai netizen Malaysia tidak berpuas hati dengan apa yang telah berlaku.

Keputusan itu bukan saja menimbulkan rasa sedih namun ada netizen yang tidak berpuas hati sehingga ke tahap ‘menyerang’ akaun media sosial pemenang pingat emas dari Ukraine, Maksym Koval.

Ziyad Lontar Peluru Olimpik Tokyo

Pelbagai posting tentang kemenangan Maksym dilihat telah dibanjiri komen-komen dari netizen kita yang bengang pingat emas Ziyad ‘dirampas’ selepas tamat perlawanan dan dinobatkan sebagai juara.

 

“Akaun pertama saya telah digodam oleh orang Malaysia”

Bagaimanapun, sesetengah pihak berpendapat tindakan netizen Malaysia menyerang Maksym secara peribadi di akaun Instagram, agak keterlaluan. Seorang netizen berkata, seharusnya netizen itu semua tahu bantahan atau kemarahan hanya perlu disalurkan kepada pihak Sukan Paralimpik Tokyo 2020, bukanlah terhadap atlet tersebut.

Keputusan Perlawanan Lontar Peluru

Maksym Koval Lontar Peluru

Bayangkan, Maksym sendiri telah tampil meminta maaf atas insiden yang berlaku selepas akaun Instagram pertamanya diserang bertubi-tubi oleh netizen Malaysia sehingga ia digodam. Selepas membuat akaun yang  baru, atlet itu terus memuat naik permohonan maaf di Instagram story atas apa yang dilalui dan dirasai oleh rakyat Malaysia ketika ini.

Akaun pertama saya telah digodam oleh orang Malaysia selepas Malaysia menyerang serta spam komen pada semua hantaran saya di Instagram.”

Maaf.”

Igstory Maksym1

Igstory Maksym2

 

“Semangat tentera bawang kita memang tinggi tapi…”

Melalui perkongsian seorang netizen di Twitter, boleh dilihat ramai netizen kita meninggalkan komen yang negatif di posting Instagram peribadinya sebelum ini, malah ada yang mengejek atlet tersebut.

Netizen berkenaan berkata tindakan ‘tentera bawang’ Malaysia itu dikira melampau kerana sampai tahap mengutuk dan menghina status Makysm sebagai OKU.

Kau kutuk atlet tu cacatlah, OKU lah bagi aku korang dah melampaulah. Janganlah hina macam tu sekali. Malulah aku baca (komen).”

Netizen Serang Ig Maksym

Netizen Serang Ig Maksym2

Ramai netizen lain tidak bersetuju dan tidak suka dengan tindakan mereka yang menyerang Maksym secara peribadi kerana sepatutnya kemarahan itu dilontarkan dan dibangkitkan kepada pihak pengurusan temasya sukan tersebut.

Apatah lagi, menurut mereka atlet para ini lebih sensitif dan emosi juga boleh terjejas disebabkan hal-hal sebegini. Dalam pada itu, ramai yang turut mendoakan agar Ziyad tabah dengan insiden yang berlaku ini dan berharap atlet itu kekal bersemangat untuk perlawanan di masa hadapan.

Baca: “Not the real winner” – Pingat Emas Ziyad Ditarik balik, Netizen Malaysia ‘Serang’ Atlet Ukraine

Protes Rakyat Malaysia Ziyad Gold