in

Akan Jalani Fisioterapi, Murid Tahun 2 Dilangg*r Depan Sekolah Dijangka Keluar Hospital Pada Ahad

Keluar Hospital

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan berita seorang kanak-kanak iaitu murid Tahun 2 di sebuah sekolah rendah di Putrajaya telah dilanggar oleh sebuah kenderaan di hadapan sekolah.

1

Kejadian kemalangan tersebut telah menyebabkan murid tersebut alami retak di belakang kepala dan turut cedera pada bahagian tubuhnya yang lain.


Terkini, mangsa yang berusia 8 tahun itu difahamkan telah dipindahkan ke wad biasa selepas berada di unit rawatan rapi atau ICU untuk rawatan.

Mangsa juga dijangka akan dibenarkan keluar dari hospital untuk pulang ke rumah pada Ahad ini, lapor BERNAMA.

Artikel Berkaitan: Pelajar Tahun 2 Dilangg*r Depan Sekolah, Alami Retak Belakang Kepala & Cedera Pada Tubuh

Artikel Berkaitan: Ibu Bapa & Murid Tergamam, Lori Hilang Kawalan Rempuh 13 Kenderaan Depan Sekolah

Perkara itu dimaklumkan oleh ACP Aidi Sham Mohamed iaitu Ketua Polis Daerah Putrajaya kepada pihak media ketika majlis perasmian Festival Ramadan Putrajaya 2025.

Difahamkan, murid terbabit juga akan menjalani fisioterapi untuk memulihkan kecederaan pada kakinya kerana buat masa ini, kanak-kanak tersebut menggunakan kerusi roda untuk bergerak.

Pihak polis juga difahamkan telah mengambil keterangan daripada 2 orang saksi dan sedang menyiasat tentang kejadian kemalangan yang menimpa murid sekolah tersebut.

Sumber: BERNAMA

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.