in

“Akan jadi dasar rasmi kerajaan” – Donald Trump Iktiraf 2 Jantina Sahaja Di AS

syaz ft 2025 01 21T103534.019

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, secara rasmi Donald Trump dilantik menjadi Presiden Amerika Syarikat ke-47 selepas memenangi pilihan raya umum negara itu.

Antara intipati dalam ucapan sulungnya memegang jawatan itu ialah beliau mengumumkan darurat kebangsaan di sempadan selatan dan memperkenalkan dasar rasmi yang mengiktiraf hanya dua jantina di AS.


Artikel berkaitan:  Rakyat AS Lega TikTok Kembali Beroperasi, Trump Minta 50 Peratus Pemilikan Aplikasi

Artikel berkaitan: Sebelum Trump, Ini 5 Kes Pemimpin Yang Diserang Di Tempat Awam, Ada Yang Maut!

Selain membuat pengumuman tersebut di Capitol Rotunda AS, beliau juga berikrar untuk mengembalikan dasar “Kekal-dalam-Mexico” (Remain in Mexico Policy) serta mengerahkan tentera bagi menghentikan apa yang disifatkannya sebagai ‘pencerobohan yang dahsyat’.

Beliau turut memaklumkan bahawa kartel dadah akan disenaraikan sebagai Organisasi Pengganas Asing.

Presiden ke-47 AS itu seterusnya mengisytiharkan pentadbirannya akan secara rasmi mengiktiraf hanya dua jantina sebagai sebahagian daripada dasar kerajaan meskipun negaranya itu mempunyai penduduk yang ‘lantang’ dalam gerakan LGBTQ.

Dalam pada itu, beliau juga mendedahkan rancangan untuk menukar nama Teluk Mexico serta mengembalikan nama asal Gunung McKinley, sekali gus mengetepikan keputusan yang dibuat oleh pentadbiran sebelum ini.

Dalam ucapan yang sama, beliau turut menggariskan wawasan bercita-cita tinggi untuk penerokaan angkasa lepas, dengan berjanji untuk menghantar angkasawan AS ke Marikh.

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.