in

“Akan bertanggungjawab sara anak” – Pelakon Jung Woo Sung Kini Bergelar Bapa Hasil Hubungan Intim Dengan Model

Ft Jung

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pelakon Korea Selatan, Jung Woo Sung baru-baru ini mengakui bahawa dia merupakan bapa kepada bayi yang model Moon Gabi, 35, lahirkan.

Pengakuan itu dibuat susulan laporan portal hiburan Korea Selatan mendedahkan bahawa Moon telah mempunyai seorang anak pada awal tahun ini dengan individu yang tidak didedahkan namanya.


Artikel berkaitan : Ini 9 Filem & Rancangan TV Yang Terkesan Ekoran Mogok Yang Berlaku Di Hollywood Sekarang

Artikel berkaitan : Lelaki Terpaksa Duduk Tepi Pokok Limau, ‘Mabuk’ Teruk Selepas Isteri Disahkan Hamil

Disebabkan itu, kedua-dua bintang tersebut terus mengesahkan tentang berita itu sejurus selepas ia tular. Menurut laporan, Jung Woo Sung dan Moon Gabi pertama kali bertemu pada 2022 dan mereka didakwa menjadi semakin rapat sejak itu dan mula menjalinkan hubungan sulit.

Sumber juga melaporkan bahawa Moon didapati hamil pada Jun 2023. Apabila mendengar berita itu, Jung dilaporkan gembira dan komited untuk menggalas tanggungjawab sebagai bapa.

Bahkan, agensi Jung, Artist Company ada mengeluarkan kenyataan yang mengesahkan peranannya sebagai bapa kandung.

Screenshot 2024 11 25 154210

“Memang benar pelakon Jung Woo Sung adalah bapa kandung kepada anak yang didedahkan Moon Gabi di media sosial.”

“Dia kini sedang membincangkan cara terbaik untuk penjagaan kanak-kanak dan akan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kanak-kanak itu.”

Screenshot 2024 11 25 154229

Pada hujung minggu lalu, dia membuat satu hantaran yang menyentuh hati bersama foto bayinya yang baru lahir, menyatakan rasa terkejut awalnya dengan berita yang tidak dijangka itu.

Screenshot 2024 11 25 154503

“Saya tidak bersedia sama sekali untuk berita yang tiba-tiba datang kepada saya, jadi daripada menikmati sepenuhnya kegembiraan kehamilan dan ucapan tahniah orang lain, saya menghabiskan sebahagian besar kehamilan saya secara senyap-senyap, di tengah-tengah restu keluarga saya,” katanya lagi.

Sumber : dimsumadily.hk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.