in

“Akal anak syurga” – Cikgu Kena ‘Prank’ Dengan Pelajar Istimewa, Rupanya Nak ‘Surprise Birthday’

Cikgu Oku Birthday

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menjadi seorang guru merupakan satu tangunggjawab yang besar, mereka bukan sahaja perlu mempunyai daya sabar yang tinggi malah mereka juga bertanggungjawab dalam mendidik generasi akan datang. Apatah lagi guru-guru yang mengajar pelajar istimewa atau orang kelainan upaya (OKU).


Terbaru, tular sebuah video yang memaparkan seorang guru berasa cemas apabila ada beberapa orang murid OKU memanggilnya dalam keadaan tergopoh-gapah.

Artikel berkaitan: [VIDEO] Pelajar OKU Berlari Guna Tongkat, Cikgu Teman Sehingga Garisan Penamat

Artikel berkaitan: “Out of the box!” –  Bina Kotak ‘Barbie’ Untuk Mengajar, Cikgu Ini Terima Pujian Netizen

Risau akan keadaan anak muridnya, guru tersebut bergegas ke bilik darjah sebelum dikejutkan dengan kejutan yang sangat comel daripada anak-anak muridnya bersempena dengan hari lahirnya.

@alauddin_yahaya

Akal Anak Syurga.. Terima kasih.. 🥰 #foryou #fyp #teacher #surprise

♬ DJ SAH – Tiktok – Sarah Suhairi

“Akal anak syurga, terima kasih!” 

Perkongsian yang dimuat naik oleh @alauddin_yahaya itu sudah pastinya meruntun jiwa netizen, lebih-lebih lagi kerana dia mengajar kanak-kanak yang istimewa.

Video berdurasi 28 saat itu bukan sahaja membuat ramai netizen terharu malah dapat dilihat dalam video berkenaan guru tersebut sangat tersentuh sehingga mengalirkan air mata.

Cats 50

Ruangan komen dipenuhi dengan doa serta ucapan yang baik-baik untuk cikgu lelaki itu, ramai juga yang turut sebak menonton video pendek itu.

Setakat artikel ini ditulis, video berkenaan sudah mencapat sejuta tontonan dengan lebih 800 komen.

Semoga cikgu ni murah rezeki selalu, jatuh air mata min!

Sumber: TikTok

 

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.