Pelakon Noorkhiriah sebak apabila salah sebuah kenderaan jenis MPV jenazah miliknya rentung pada malam Selasa.
Khiriah atau Noorkhiriah Ahmad Sapie, 46, berkata dia redha meskipun masih tidak mengetahui punca sebenar MPV Hyundai Starex itu terbakar sebaik dia menyedari kejadian selepas menghantar anaknya pulang ke asrama.
Artikel berkaitan : “Sesen pun tak payah bayar” – Noorkhiriah Tawar Bantuan Uruskan Jenazah Secara Percuma
Artikel berkaitan : “Cite tu, akak berkemban tau” – [VIDEO] Bergenang Air Mata, Noorkhiriah Merayu TikToker Padam Scene Drama Lama
Meskipun telah mengalami kemusnahan sepenuhnya, Khiriah masih lagi berharap ia dapat dibaiki memandangkan MPV itu banyak berjasa dan telah menyempurnakan urusan lebih 100 jenazah.
“Dari 2019 hingga 2024, van tu dah berkhidmat dengan nilai minimum 100 orang jenazah diuruskan dan dihantar ke destinasi terakhir, doakan van jenazah tu ok balik, akak sayang van tu”
Namun setelah mendapatkan khidmat mekanik, ia difahamkan tidak lagi dapat dibaik pulih memandangkan keadaan enjinnya yang hangus terbakar.
View this post on Instagram
Difahamkan kini Khiriah perlu bergantung kepada dua lagi van jenazah hasil sumbangan orang ramai yang digunakan untuk aktiviti amal di bawah Pertubuhan Amal Nur By Khiriah yang diasaskannya pada tahun 2020.
Namun, dia menyifatkan ‘sentimental value’ MPV yang terbakar ini amat berharga kerana ia juga kenderaan milik peribadi yang diinfakkan ketika di awal penubuhan yayasan ini.
“Kami memang memiliki tiga buah van jenazah, tetapi dua van lagi tu tidak boleh dibawa jauh kerana ia hasil infaq dan dibeli daripada kereta terpakai. Yang terbakar ni boleh berjalan jauh dan saya sayang nak jual dan sangat sedih bila tahu ia terbakar”
Ujian besar untuk Khiriah, semoga kehilangan ni akan digantikan dengan ganjaran yang lebih baik nanti.
Sumber : mstar