Semua sedia maklum tentang pandemik Covid-19 telah merencatkan banyak perancangan kita sepanjang tahun. Ada yang berhasrat untuk mendirikan rumah tangga tahun ni, terpaksa tangguh sehingga masa yang sesuai.
Ada berita baik untuk pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga dari pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Pihak JAWI membenarkan upacara akad nikah dilakukan di masjid dengan syarat, masjid tersebut terletak diluar zon merah seperti yang diumumkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
Memetik sumber The Star, kebenaran untuk melakukan akad nikah di masjid luar zon merah itu akan bermula pada 1 Disember depan yang melibatkan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Semua yang terlibat hendaklah mematuhi SOP yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan SOP dari pihak JAWI sendiri.
Admin harap semua yang nak nikah tak lama lagi ni dipermudahkan urusan dan semuanya berjalan lancar. Amiiin.
Baca: PKPN JAIS Benarkan Akad Nikah di Selangor Mulai 2 November, Ini Syarat-syaratnya